Monday, December 6, 2010

nasihat cikgu mariam II

Salam semua...

kawan2 masih ingat post sy yg lepas bertajuk nasihat cikgu mariam I?

haa, hari ni saye dapat lagi 1 nasihat daripada cikgu mariam....

nasihatnye pendek saje tapi mantap isinya..

nasihatnye pendek sebab melalui telefon..

nak tau ape nasihatnye?

ini die.......


"LAMEKANLAH SEDIKIT WAKTU BERSOLAT DHUHA"

pendekkan nasihatnye... tapi maksudnye tepat dan padat...

Selamat beramal...

monologku:
betul jugak nasihat kak mariam.. waktu solat dhuha agak panjang... solat dhuha pun boleh dilakukan lebih dari 2 rakaat.. mahu atau tidak sahaje kite laksanakannya..

Thursday, November 18, 2010

KU TAK TAHU~~~



ku tak tahu...
tak tahu...
tak tahu...

ku tak tahu ape yang terbaik...
ku tak tahu ape yang akan berlaku...
ku tak tahu ape yang Allah nak ajarkan...
ku tak tahu ape yang Allah nak tunjukkan...
ku tak tahu sejauh mane kesabaranku...
ku tak tahu sejauh mane usahaku...
ku tak tahu sejauh mane aku mampu untuk positif...
dan....
ku juga tak tahu apekah ini ujian atau bala..
dan...
ku juga tak tahu apekah ini nikmat atau istidraj...



tapi...

ku tahu beberapa perkare...
yang mane...
aku tak pernah ditinggalkan, tapi aku yang meninggalkan...
aku tak pernah dipencilkan, tapi aku yang memencilkan...
aku tak pernah mendapat keburukan, tapi aku yang membuat keburukan...
aku tak pernah dizalimi, tapi aku yang menzalimi...
keresahan ku tak pernah diabaikan, tapi aku yang mengabaikan...
usahaku tak pernah disia-siakan, tapi aku yang berputus asa...

kasih sayangmu tak pernah putus...
nikmat mu sentiase terbentang...
rahmatmu sentiase melangit luas
doaku sentiase didengari...
penyelesaian sentiase diberi...
dan janjimu adelah pasti...



kerana ku tahu...

Engkaulah yang maha pengasih dan penyayang..
Engkaulah yang maha mendengar...
Engkaulah yang maha mengetahui tentang sesuatu yang diciptakan...

andai ade keburukan...
itulah dari diriku sendiri...
dari seorang insan
yang tak pernah puas dengan ape yang diperolehi...
yang tak pernah merasa cukup dengan ape yang diberi...
yang tak pernah berusahe semaksimum mungkin...
yang jarang sekali memohon keampunan dan bersyukur..
yang selalu lupe akan nikmat yang diberi...
ya, itulah sifatku insan yang bermaksud org yang lupe...



Moga diampunkan diampunkan segala kekhilafan diri...
bersabarlah sehingga ke akhirnya...
sesungguhnya Allah sentiase bersama orang-orang yang sabar...
Allah jugelah yang mengawal hati-hati manusia...
Allah pasti membalas setiap ape yang dilakukan...
dan ku tahu...

suatu hari nanti...
yang suram pasti akan bersinar...
yang layu pasti akan mekar mengembang...
yang lesu pasti akan kembali segar...


ku hanya mohon yang terbaik...
terbaik buat diriku, buat keluargaku dan buat umat islam...
kerana....
ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK CIPTAANNYA...

hanisah hamdan
8.07 pm
taman desa permai


P/s: pictures from deviant art(http://www.deviantart.com/)

Wednesday, October 27, 2010

happy birthday to me..

happy birthday to me...
happy birthday to me...
happy birthday to me...
happy birthday to me...

hehe...

takde angin tak de ribut saje nak nyanyi untuk diri sendiri..

26 October 1988..
5.15 pm..
In a tiny room at Hospital Besar Melaka..
There were nurses and doctor..
trying to help a mom giving birth to her child..
trying to help one of Allah's new slave to have a breath in this world..
trying harder and harder..
trying to save both of life..
Suddenly..
a screaming of a crying baby was heard all around the corner..
a cute baby girl was born..
Alhamdulillah..
Both lives were saved..
Father recite Azan on the right ear and Iqamah to the left ear..
Alhamdulillah..
Kalam Allah was the first word to be listen by this baby..
Hopefully this will prevent this cute baby girl from any bad influence..
InsyaAllah..

hehe..
yesterday, I am 22 years old..
Within this 22 years, I have had many chances given by Allah..
I had a chance to have a breath in this world..
I had a chance to know who is my parent..
I had a chance to have many relatives..
I had a chance to be loved by my grandparent..
I had a chance to have many friends..
I had a chance to travel to certain places in this world..
I had a chance to get to know what is angry, sadness, and happiness..
I had a chance to learn so many things in this world..
and the most important thing,
I had a chance to be born as a Muslim with Allah as a god, Muhammad as my Nabi and Quran as my guidance..

Subhanallah..

Alhamdulillah..

Allahuakbar...

Now it is time to improve..
From bad to good one..
From lazy to the harworking one..
From tempered person to a cool person..
From immature to mature person..
From unproductive muslim to a productive muslim..

InsyaAllah..



My monolog:

All this need to be improve and also some other things..
But it also need time..
No need to improve drastically..
Learn something from day to day until u understand yourself..
Then u'll get to improve all this..
InsyaAllah..


Thank you to all my friends for birthday wishes.. May Allah bless all of u and help u to find the right path with his guidance.. insyaAllah..

Saturday, October 16, 2010

Visit to Jengka 2..

Salam to all..
How are you guys?
hehe..

last week, saye dan family pergi ke rumah mak longku di jengka 2 pahang..
Seronok sgt nak pegi sane sbb dah lame dah tak menjengah ke pahang..
Tapi pergi sekejap je.. pergi sabtu pagi balik ahad pagi.. takpelahkan..
niat pun nak berziarah.. sekejap pun jadi..

Jom layan gambar-gambar kat sane..



Ha ni kat depan rumah maklong.. Wanita berbaju biru tu lah mak longku.. kakak kepada emak..



nilah cucu-cucu mak longku a.k.a anak2 saudaraku.. huhu.. diorang patutnye panggil saya m.ngah.. tpi rase mcm tue lakkn.. jadi diorang pun panggil saya kak ngah.. hehe



3 serangkai:
Husna - kakak kepada huda.. periang dan cerdik
Huda - budak comel yang suke senyum.. hehe
Mina - Sepupu Huda dan Husna.. Seorang yang istimewa..







haha.. cute.. cute... macam anime pulak huda ni.. hehe





hehe.. bergambar beramai-ramai...

nilah sedikit sebanyak gambar kat sane.. =)))

P/s - mak long ni umurnya dah 63 tahun masih kuat lagi.. menjaga cucunya.. tapi yang paling penting mak longnye masakan memang sedap.. mesti ebrtambah bile makan.. hehe

Monday, September 27, 2010

Nasihat Cikgu Mariam I...

Assalamualaikum semua...
Sudah lame tak menulis kat blog ni..
Kini saya kembali lagi untuk berkongsi cerita...
Kali ini saya nak bercerita tentang Cikgu Mariam..

Cikgu Mariam ni sebenarnya kawan kepada emak saya..
Emak saya pun baru mengenalinya sewaktu menunaikan Umrah yang lepas..
Selepas balik dari umrah, hubungan mereka terputus sehinggalah suatu hari dengan takdir Allah mereka bertemu semula..

Sejak bertemu semula,
Cikgu Mariam dan suaminya selalu bertandang ke rumah saya..
Saya sangat suka dengan kedatangan Cikgu Mariam dan suaminya yang kadangkala disusuli dengan anak-anaknya...

Kenapa saya suka??

Sebab....

Cikgu Mariam ni baik orangnya..
Wajahnya menenangkan..
Setiap kali berkata-kata,
dia tak akan berkata-kata dengan sia-sia..
Pasti kata-katanya itu penuh hikmah dan nasihat..
Seringkali juga dikaitkan dengan Hadith-hadith Sohih..

kerana itulah saya suka..
Sebab jarang saya dapat jumpa dengan orang begini selepas tamat mengaji di UITM..
Susah nak dapat nasihat yang sebegitu baik dalam dunia yang penuh pancaroba ni kalau tak mencarikan..
Jadi bila jumpa orang yang macam ni saya tak lepaskan peluang..

Ahad lepas,
Cikgu Mariam sekeluarga berziarah ke rumah saya..
Saya memanggil Cikgu Mariam ni dengan panggilan kakak..
Bila ade mase yang sesuai,
saya akan cuba untuk berbual-bual dengan kak Mariam..
dan pastilah ada nasihat untuk saya..
Jom saya kongsikan nasihat tersebut semoga boleh juga jadi ikutan kawan-kawan semua.. =))

Nasihat Cikgu Mariam (yang berbold tu adalah nasihat cikgu@kak Mariam, yang bertulisan senget tu adalah monolog saya sendiri):

1)

Banyakkan bersolat Dhuha dan bersolat malam kerana solat Dhuha pembuka rezeki solat malam mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah tidak akan menghampakan hamba-hambanya yang benar-benar berhajat dan meminta pertolongan dariNya..
(huhu.. ups, aku jarang buat solat dhuha dan solat malam ni walaupun benar-benar ada benda yang diinginkan.. hehe)

2) Untuk mudah bangun solat malam tidur awal. Dalam pukul 9.30 mlm dah boleh untuk tidur. Sepatutnya waktu ni memang dah patut kurangkan aktiviti.
(9.30 malam?? hehe saya selalu tidur awal.. tapi selalu tak bangun tengah malam)

3)

berdoalah selalu agar dikurniakan suami yang beriman dan beramal soleh.. jangan minta suami yang kaya sebab suami yang kaya belum tentu beriman . Lelaki yang beriman dan beramal soleh ni sebenarnya secara tak langsung kita dapat menumpang kekayaan dia
(saya percaya sbb kak mariam sendiri menjadi contoh. kak mariam dapat menumpang kekayaan suaminya yang bukan shj bekerja bagus tetapi kaya dgn budi pekerti dan budi bahasa serta soleh orangnya)

4)

Dari sekarang kumpul ilmu-ilmu tentang rumahtangga.. Banyakkan membaca buku-buku tentang cara menjadi isteri solehah, menjaga rumahtangga dan sebagainya..Banyakkan juga belajar tentang hal-hal mengurus rumah sebab bila dah kahwin walaupun kita rase kita tau tentang cara-cara mengurus rumah, tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu..
(huhu.. betul jugak ni.. saya jadi malu seketika kerana sebenarnya kak mariam ternampak buku novel cintan-cintun atas katil saya.. hehe)

5)

Anda sebenarnya sedang diuji dengan masa.. Cuba cari sesuatu yang boleh anda gunakan untuk mengisi masa..
(huhu.. yang ini agak tersentap.. memang betul pun.. dalam tengah tak kerja ni, banyak buang masa jugak sebenarnya.. Kak Mariam kalau dia ada kelapangan pasti dia akan mentadabbur Al-Quran, menghafal hadith-hadith dan lain-lain.. patutlah kata-kata yang keluar dari mulut kak mariam sentiasa yang baik-baik sahaja dan penuh nasihat)

Inilah sedikit sebanyak nasihat kak Mariam tempoh hari.. Sedikit tapi bermakna dan bermanfaat bagi saya.. Semoga boleh menjadi panduan rakan-rakan.. Selepas ni kalau ada lagi nasihatnya, insyaAllah akan dikongsikan..

P/S: hehe.. selamat mengamalkan nasihat tersebut.. betulkan ape yang kak Mariam cakap.. yang paling saya terasa yang nombor 5 tu.. huhu.. kena cari jalan supaya tak buang masa.. (saya tak ada gambar kak Mariam.. nanti bila ada peluang saya ambil dan masukkan di blog ini ya.. )

Friday, August 13, 2010

Ayahanda tersayang Bonda tercinta

Lets listen.....


ref: http://www.youtube.com/watch?v=yy-YeIUnLwE

" kau pendorong bukanlah pendesak,
apalagi memaksa diriku,
aku terlorong bukan terdesak,
apalagi rasa terdera"

" lestari kasihmu tanpa batasan,
sempadan waktu yang memisahkan,
abadi hingga ke hujung usia,
akhiran masa....
sentuhanmu amat bermakna..."




ref:http://www.youtube.com/watch?v=vvOIkNskrOU

" ibu mithali ibu yang sejati,
kasih sayangmu kasih yang suci,
pengorbananmu disanjung tinggi,
jasamu tetap disanubari"

" Ibu oh ibu fitrah ku murni
Kelembutanmu menyentuh hati
Semai kasihmu dalam jiwaku
Kau disayangi kerana menyayangi"

" Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga"

" Ibu oh ibu kau serikandi
Bakti amalmu tidak terperi
Beramal soleh berperibadi
Mentaati Allah juga suami"


P/S only these two videos can express my feelings right now.. Hopefully, Allah will protecting them..

Monday, August 9, 2010

~jom tonton sambil menambah ilmu dan beramal~

Salam semua...

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akn memasuki bulan Ramadhan..
bulan penuh berkat...
bulan penuh rahmat bagi sesisapa yang mengetahui akan kelebihan bulan Ramadhan ini..

Pernahkah kita bermuhasabah diri, bertanya kepada diri sendiri tentang Ramadhan kita yang lepas?
Apakah kite telah berusaha mengambil semua nikmat yang Allah berikan di bulan Ramadhan?
Apakah kita betul-betul dah bersedia untuk meningkatkan ketaqwaan kita di bulan Ramadhan?


Sesungguhnya, nikmat di dalam bulan Ramadhan adalah'jualan murah' yang Allah berikan kepada kita. Kenapa jualan murah? sebab setiap amalan wajib yang kita lakukan. pahalanya berpuluh-puluh kali ganda... manakala amalan sunat pula, pahalanya menyamai amalan wajib.. ini belum dikira dengan nikmat-nikmat lain lagi.. Jadi, untuk mendapatkan nikmat-nikmat Allah ini, kita mestilah menyiap sediakan diri kita untuk memasuki bulan Ramadhan ini..

Apa persiapan yang kita dah buat ye kawan2??

Kalau hari raya tu mestilah bermacam-macam jawapan yang kita boleh berikan dalam masa sesaat.. tapi ini hendak melalui Ramadhan..
hendak mendapatkan nikmat Allah..
hendak mendapatkan redha Allah..
hendak melatih diri menjadi insan taqwa.
semuanya perlukan persediaan..
ibarat kita hendak mengambil peperiksaan yang memerlukan persediaan awal..

Saya teringat seorang ustaz ini berkata:
Kenapa amalan kita di bulan Ramadhan ini tidak berterusan?.. Apabila habis sahaja Ramadhan, terus tak laksanakan lagi amalan yang kita dah cuba usahakan di bulan Ramadhan..

jawapan ustaz tersebut:
ini adalah sebab kita tak ada persiapan untuk menghadapi Ramadhan.. Kita tak berusaha melatih diri kita dengan amalan-amalan sunat sebelum Ramadhan.. Jadi apabila amalan-amalan ini terus sahaja dilakukan ketika Ramadhan, ini yang menjadi salah satu faktor amalan tersebut tidak berterusan.. hal macam ni, samalah seperti kita melakukan perubahan yang drastik tanpa azam yang kuat.. kadangkala bila ujian melanda, terus kita tinggalkan perubahan yang telah kita buat tu kan( peringatan untuk penulis terutamanya)

jadi, untuk mengatasi masalah ini, dengan waktu yang masih ada sebelum memasuki Ramadhan ini, marilah kita sama-sama menambah sedikit-sedikit amalan sunat kita..

sebagai contoh:
jika sebelum ni 2 hari sekali kita membaca A-Quran, mulai hari ni cube kita bace Al-Quran setiap hari walaupun semuka..
jika sebelum ni kita jarang melakukan solat sunat Dhuha, cuba hari ni kita lakukan solat sunat Dhuha.. insyaAllah, kita cube istiqamah dan akan ade kesannya..
tetapi jika masih tidak berkesempatan, berazamlah untuk beramal di bulan Ramadhan ini sebaik mungkin..

Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.. Allah maha pemberi rezeki, Allah maha bijaksana, Allah maha pengampun dan maha penyayang.. so let grab the chances in this coming Ramadhan..

Selain tu, saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk menonton rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9.. Rancangan ni sangat bagus kerana ustaz-ustaz akan mengupas persoalan yang pelbagai tentang permasalahan agama.. kita juga boleh berinterakasi secara terus dengan penceramah.. Sepanjang bulan Ramadhan ni, rancangan ini akan mengupas semua isu-isu tentang Ramadhan, Amalan-amalan, mengajak kita bermuhasabah dan bermacam-macam lagi.. jadi jom kita luangkan masa untuk menonton rancangan ini kerana isunya agak kontemperori.. Sekurang-kurangnya kita dapat menambah ilmu tentang apa yang sepatutnya kita lakukankan..



Sepanjang bulan ramadhan, rancangan ini berlangsung setiap hari pada jam 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi.. JOM TONTON BERAMAI-RAMAI sambil beramal...

P/S:

maaf andai ade tersalah kata dan bahasa selama ini.. maaf juga andai tersalah kata dan bahasa di dalam post ini.. Saya tidaklah pandai untuk menyampaikan sesuatu ini sekadar perkongsian tentang apa yang saya rasa.. jadi maafkan kalau ade kate-kate yang tidak dapat diterima.. akhir kata.. selamat menyambut Ramadhan yang penuh berkat ini.. ==)))

Monday, August 2, 2010

Ayam kampung masak lemak cili api + sup tulang

Salam semua...
Sabtu lepas datuk dan puan ku datang tidur kat rumah..
jadi semalam saya dan emak masakkanlah sesuatu yang istimewa untuk mereka.. menu masakan amatlah saya suke..hehe..

menunya adalah ayam masak lemak cili api dengan sup tulang.. yang bezanya ayam masak 'lomak' cili api ni emak gunakan ayam kampung.. makin bertambah selera sbb saya memang sukakan ayam kampung.. Bile ayam kampung ni dimasak lemak, lg sedap jadinye.. hehe..

dah terliur?? sedapkan.. =))

sup tulang pula adalah menu tambahan sebab ayah dah tak boleh makan masakan bercili api.. jadi buat sup tulang pun special jugak ni..

ha kat sini saya nak kongsi resipi ayam kampung masak 'lomak' cili api dengan sup tulang.. resipi yang saya buatla (tak adelah istimewa mane)

jom belajar masak.. hehe..

AYAM KAMPUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung (kalau tak suke ayam kampung boleh gantikan dengan ayam pasar)
10 – 15 biji cili api (ikut selera masing-masing)
2 batang serai
kunyit hidup (ukurannya dalam setengah ruas ibu jari)
Beberapa biji kentang
Santan
Garam
Asam keping





Cara memasak:

1. Bersihkan ayam dan potong kepada 12 bahagian (ikut kegemaran masing-masing) kemudian cuci dengan air.
2. Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
3. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup sehingga lumat (tak larat nak tumbuk leh mesin je sume tu.. senang sikit)
4. Masukkan cili api dan kunyit yang telah dilumatkan ke dalam periuk.
5. Masukkan pula serai yang juga ditumbuk sedikit (tak perlu hancur lumat)
6. Bersihkan kentang (kulit dibuang) , potong kepada 4/8 bahagian dan masukkan ke dalam periuk
7. Gaulkan bagi sebati di dalam periuk dan hidupkan api.



Biarkan campuran bahan2 tadi selama beberapa minit sehingga air ayam tersebut agak kering sedikit. Sementara menunggu air ayam tersebut kering, kita bolehlah menyediakna santannya. Ni bagi sesiapa yang menggunakan santan daripada kelapa yang diparut sendiri. Biasanya kelapa yang diparut sendiri ni akan diperah santannya sebanyak 3 kali (kalau nak gunakan santan kotak pun boleh tapi yang telah dicampurkan dengan air):

• Perahan yang pertama dipanggil pati santan dan diasingkan dari santan yang kedua dan ketiga
• Perahan santan yang kedua dan ketiga boleh dicampurkan

8. Bila air ayam sudah kering, bolehlah dimasukkan santan yang kedua dan yang ketiga. Jangan masukkan pati santan dahulu.
9. Gaulkan dan masukkan garam secukup rasa.
10.Biarkan santan mendidih, kemudian Ø°ucuk kentang dengan garpu hanya untuk memsatikan kentang sudah empuk.
11.Bila kentang dah empuk, bolehlah dimasukkan pati santan tersebut dan tunggu sehingga santan mendidih.



Haa mase ni aroma yang menyelerakan akan naik dan anda akan lapar secara tiba-tiba. hehe

12.Apabila santan sudah mendidih masukkan 2 keping asam keping , biarkan beberapa ketika dan masakan ayam masak lemak cili api anda pun telah siap.

Sekarang, bolehlah hidangkan untuk keluarga anda dan diri anda sendiri. hehe.. nilah hasilnya..



Soalan:
Bagaimana kita nak tahu juantiti garam yang kita masukkan cukup tanpa merasainya?

Jawapan/petua:
Petua ni, puan saya yang bagi. katanya, bila kita dah masukkan garam dan biarkan santan mendidih. Perhatikan keaadan santan. Sekiranya santan terlalu membuak-buak sehingga melimpah keluar dari periuk, maksudnya anda perlu tambahkan lagi kuantiti garam tersebut. Jumlah kuantiti garam yang mencukupi akan mengawal kadar pembuakan santan yang mendidih itu.

Sekarang kita pergi ke resipi yang kedua:

SUP TULANG

Bahan-bahan:

1.1 kg tulang lembu
2. Sup bunjut
3. Kulit kayu manis
4. Bunga lawang
5. Lada hitam
6. Garam
7. 3 biji bawang merah (dihiris)
8. 2 biji bawang putih (dihiris)
9. Halia
10. Daun sup
11. Bawang goreng

Cara memasak:

1. Bersihkan tulang dan masukkan ke dalam periuk.
2. Rebus tulang tersebut bersama-sama air sehingga daging pada tulang tersebut masak. (Lebih lame direbus lebih elok dan sedap)

3. Masukkan halia yang telah dihiris ke dalam rebusan
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Tambahkan air sekiranya air rebusan hampir kering jika daging masih belum empuk
6. Tambahkan lada hitam
7. Apabila daging sudah empuk, tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang di kuali lain sehingga naik aroma dan kuning keemasan
8. Kemudian. hasil tumisan tersebut bolehlah dicampurkan ke dalam rebusan tulang tersebut.



~asap berkepul-kepul~

Bau yang enak lagi menyelerakan akan menyerbu deria anda. Kemudian bolehlah hidangkan dan dinikmati bersam keluarga atau rakan-rakan. Sebagai hiasan, taburkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Haa, nilah hasilnya..



Hehe.. dah jadi pun 2 menu kegemaran saya...



Hehe.. nilah datuk dan puan saya. Masa saya dan emak tengah sibuk menyiapkan 2 menu tersebut, datuk dan puan saya ni bersama-sama menyiang 'daun maman'(pernah dengar pasal daun maman kan? lain kali saya cerita resipi daun maman pulak ye. insyaAllah) Boleh pulak diorang duduk bersama buat kerja ni.. Susah nak tengok situasi ni. Jadi apelagi, saya pun candid la gambar mereka. Sebagai kenangan.. =))

p/s : Siap sudah menu saya. Ape yang terkurang tu tambah-tambahlah sendiri ye..

Friday, July 30, 2010

Sahabat dihati 1



Salam semua..
Sahabat.. semua orang ade sahabatkan? saya percaya, tiade orang dalam dunia ni yang takde sahabat.. kenapa kita perlukan sahabat ye? Ini adalah pendapat saya.. kita memerlukan sahabat kerana:

> Kita dapat bertukar-tukar pendapat dan citarasa dengan sahabat
> Dapat melakukan aktiviti2 yang tak dapat dilakukan dengan keluarga.. cth: berkhemah
> Dapat mengenali diri kita dengan lebih dalam lagi
> Dapat belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan seseorang

dan banyak lagilah sebenarnya kepentingan sahabat ni kan.. masing-masing ade pendapat tersendiri.. tapi apepun, yang paling penting kita bersahabat kerana hendak mendekatkan diri kita dengan Allah..

Sebenarnya sahabat di sekeliling kita adalah salah satu wasilah (perantara) kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.. kita bersahabat dengan orang yang elok budi pekertinya, insyaAllah sikap sahabat tersebut akan turut mempengaruhi kita.. dan begitulah sebaliknya sekiranya kita bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya.. Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau engkau menemukan bau yang hanyir(busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya)..



Jadi, marilah kita sentiasa berusaha dan berdoa agar kta beroleh sahabat yang boleh mengingatkan kita dengan Allah, yang akan mengingatkan kita sekiranya kita terlalai..

Andai kita masih tidak bertemu sahabat yang sebegitu, teruslah berdoa agar Allah kurniakan kita sahabat yang baik.. dan kita janganlah hanya menunggu untuk beroleh sahabat begitu.. kita pun mesti berusaha untuk mempertingkatkan diri kita agar kita boleh menjadi cerminan yang baik buat sahabat kita yang lain..


Dan sekiranya kita telah bertemu sahabat yang baik itu, janganlah mudah ditinggalkan sahabat kita yang lama hanya kerana kita merasakan kita dah ade sahabat yang lebih baik yang mampu mendidik kita.. Ini kerana, semua orang boleh berubah dan berpeluang menerima hidayahNya..

"kita berkehendakkan kebaikan, bukanlah hanya untuk diri kita, tapi untuk semua orang di sekeliling kita. dan sahabatlah orang yang paling dekat dengan kita selain ibu bapa(dlm konteks hubungan sesama manusia)



p/s:
1)post ni ditulis sebab, saya amat merindukan semua sahabat-sahabat yang pernah saya kenali dari sekolah tadika hinggalah ke universiti.. post ini juga adalah ingatan untuk diri saya yang sering terlupa akan kebaikan rakan-rakan saya kepada saya dan adakalanya mengabaikan hak mereka.. jadi, entry ni adalah entry khas untuk saya bercerita tentang rakan-rakan yang pernah saya kenali.. semoga ukhwah yang ada sentiasa bertaut berpaksikan iman dan islam.

2)gambar yang diletakkan di atas hanyalah sebahagian.. tak larat nak edit semua buat mase ni.. gamabr rakan2 yang lain insyaAllah akan dimasukkan pada entry akan datang.. =))

3) kepada semua rakan2 saya, terima kasih keran sudi menjadi sahabat saya.. semoga Allah memberkati hubungan ini..

Thursday, June 24, 2010

~engagement = fiance = happy moment~ =)))




-----------------------ENGAGEMENT--------------------

guess what??
i'm engaged?? i've got fiance??


hehe



hehe.. bukanlah.. its about my brother engagement... 19 June 2010.. just want to share the moment eventhough it is only an engagement and not marriage yet.. Minta doakan mereka semoga ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat dlm redha ILLAHI..


Orang negeri sembilan.. tunangnya juga org negeri sembilan tpi berlainan suku.. Pasal suku ni agk penting jugak kalau anak negeri sembilan nak kahwin dengan org negeri sembilan jugak.. bkn ape takut tersame suku.. tpi tu sume adat je kan.. tak nak komen banyak.. jom layan gambar2 yg sempat dirakam hari tu..



~haa.. ni hantaran dari pihak lelaki.. 5 dulang di balas 7 dulang oleh pihak perempuan.. my handmade+shopmade.. sbb tu ade yg x cantik sgt.. huhu~



~ni la my brother's fiance.. Siti Hajar namanye.. (i started to like her.. haha)~



~my sis and my mom~



~my mom, my sis, my grandmom and 'org yg x diketahui namenye~



~going to be a family soon.. insyaAllah~



~nak inteprem gak ngan my sis ni~ huhu

tu lah sedikit sebanyak gambar sepanjang majlis pertunangan tu.. Smoga mendapat berkat dan berakhir dgn baik.. insyaAllah..

P/S: To my bro and my sis... sorry upload pic ni tpi tak mintak izin dlu.. hahaha..

sampai sini dulu... daa~~~

Tuesday, June 22, 2010

What am I doing now....

Almost two month my contract with UiTM as a student was finished..
Feeling quite sad but happy because all of the moments at UiTM was really great..
I learn a lot there...

How to manage the time properly.. how to be friend with the others that have different kinds of attitude.. how to deal with people.. how to share with others and taking care of other people.. How to be matured.. and the most important thing, student life always teach us how to be closed with Allah and also teach us to accept all the fates that Allah had been created for us.. That is the most wonderful things that all people need to remember..

And now, life must be going on..
All of the things will be the guidelines for me and others to carry on our life, duty and job..
So...

What am i doing now?? haha.. quite sad.. but still can be happy because...


I was still be at home..



Helping my mother as a fulltime housekeeper...



Seeking for job (from newspaper and internet)...



and actually, not all the things that i did at home is beneficial to me and others.. Some of it is just wasting my time.. but im happy with that such as im downloading movies and dramas then wacth it.. haha.. like now i'm watching supernatural series.. trying to finish all the 5 seasons.. interesting but i cannot do other things when i started watch this series (wasting time hah).. huhu




so the other candidates, dont take the path that im taken.. define ur purpose of life ok... dont watching2 like me.. hehe

Thats all for now.. daa~~~

Monday, June 21, 2010

Tutup buku lame... buka buku baru... =)

Assalamualaikum semua....

bertemu kembali di blog ni...
lame dah tak jenguk..
rindu pulak kat blog kesayangan ni..
tangan ni rase da gatal nk menaip bebelan kat sini ( tpi x de cite best pon ... hehe)

Sebulan dah berlalu..
Pengajian kat UiTM pun dah tamat..
Alhamdulillah...
sekarang ni masih melepak di rumah..
mencari hala tuju (tulah.. dulu org suruh plan awl2 tak nak... kan dah susah)..
kena cari kerja lah kan..

jadi sekarang gelaran pelajar dah tak de.. so kna tutup buku kehidupan sebagai pelajar.. nak kena bukak buku baru pulak.. buku baru ni buat mase ni tak bertajuk lagi.. tajuk suri rumah sepenuh mase boleh jugak rasenye.. hehe..

Tapi tak kisah la..
yang penting sekarang..
aku bersyukur sebab dapat berkumpul semula dengan keluarga..
abang aku pun dah balik dari Jepun..
sekarang tiap2 minggu dapat berkumpul dan berkongsi cerita..
Alhamdulillah...



ha.. ni la abg aku.. =D

Harapanku agar nikmat ni diberkati..
dan benda2 ni semua akan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan..
(Semoga tahun ni dapat berhari raye bersame-same... dah 5 tahun berhari raya tanpa Along a.k.a abg sulung).. insyaAllah..

Saturday, April 17, 2010

lagu nasyid lagi...

salam semua..

semalam lepas balik lab..
berborak2 dgn teman serumah..
tgh2 borak terase nk pasang lagu nasyid..
lagu ni best jugak.. sbnarnye, lagu ni tentang kawan.. tpi tiba2 kitorang rase lagu ni mcm ade kna mengena dgn situasi sekarang.. tentang kite semua pelajar bsac part 6 yg tgh berdebar nak exam, nak maintain semangat nak study lagi, nak siapkan tulis tesis lagi, projek lagi.. mcm2 lakan.. cube korang dgrkan ye.. lagu ni mmg nmpk mcm pasrah je, tapi nasihat dlm tu best jugak.. jom.. dgr.. =)



Lagu ni nyanyian kumpulan DeHearty.. tajuk die Pasrah segalanya.. byk kena mengena dgn sahabat.. tapi tak yah kisah la sahabat tu sbb sekarang nk mkisahkan tentang semangat.. kat bawah ni liriknya.. tapi yg ada kaitan dgn semangat je lah.. yang kaitan dgn sahabt boleh tgk kat video tu.. =)



kuTABAHkan hati ku...
harungi hidup..
biarpun tiada siapa yg menemani..
keseorangan aku di lautan sepi...

Namun ku tahu...
ADA HIKMAHNYA...
setiap segala yang menimpa diri...
kuserahkan segala... PADA MU TUHAN

yang berkuasa jua mencipta..
kerana engkau maha mengetahui..
segala apa yg terbuku di hati..

Ya Allah tidak ku terdaya lagi
Menahan dugaan yg mencabar ini
Terase bagai noktah telah ku temui..
Mengakhiri segala yang telah aku mulai..
Ya Allah engkau lindungilah aku..
Bekalkanlah daku dgn limpahan iman
agar tabahku menghadapi dugaan..
Agar tidak ku berhenti di pertengahan..

Kini di dini aku berdiri..
Bersama harapan yang tulus suci..
Agar terbitlah kembali mentari pagi..
Setelah malamku berkalut benci...

pesan si ayah buat anak nye...

salam semua...

ape kbr kwn2.. kat sini sy ade satu cerita utk dikongsi bersame.. jom bace.. =)

Pada suatu mase dahulu... di sebuah desa terpencil.. ade seorang anak kecil yg sedang berusaha utk meneruskan hidup.. Si anak ini, berusaha mencari dan membuat perkare yg diperlukan utk hidupnya.. Namun, dugaan datang tak siapa yg tahu.. Tanpa amaran dia dtg dgn satu matlamat utk menguji kecekalan hati insan-insan yg berusaha utk hidup ini.. Tetapi, cekalkah hati anak kecil ini? Hanya Allah yg tahu isi hatinya..

Suatu hari, setelah puas berusaha menahan sbar dgn dugaan-dugaan ini, si anak kecil tersebut pun hilanglah sabar.. Dgn fikiran berkecamuknya, si anak tersebut menelefon kampung halamannya untuk meluahkan rase.. Baru sedikit meluahkan rase, nasihat bertimpa-timpa dari si ayah telah sampai ke telinga si anak tersebut.. kasihan si anak tersebut kerana tak dapat meluahkan rase sehabisnya.. tapi, nasihat si ayah tu lagi penting sbb bkn sng nk dgr nasihat begitu kan kan.. nasihat tersebut telah menenangkan jiwa si anak buat seketika dan berkekalan hendaknya..

Anak tersebut bercerita kepada sy tentang pesan ayahnya kepadanya (jom dengarkan):

Ayah sy kate:
kena tempuh je semua tu...
jgn putus asa..

Ayah sy kate lagi:
Sambil buat kerja tu berselawat dan berzikirlah..
sbb..
ayah saye kate..
Allah suke org yg berselawat dan berzikir..
Allah akn tolong org sentiase berselawat..

ayah saye kate lagi..
awakkn ade blajar agame..
sekrang ni la mase nk aplikasikan deen (agama) dlm kehidupan..
yelah mcm awk belajar applied chemistry..
awak pandai aplikasikan chemistry dalam hidup..
jadi awak kenala cube aplikasikan islam dalam hidup..

Ayah sy kate lg...
jgn negatif sgt..
cube positifkan diri..

itulah sahaja pesan si ayah buat si anak itu.. moga-moga ade kebaikannya buat si anak tersebut dan org yg membacanya...

ingatlah kawan-kawan:

"Sesunggunhnya Allah sentiase bersama org yg sabar"





terima kasih ayah dan mak... Love both of you soooo much...

FYP...

" aku bosan dgn tesisku... aku rasa buang masa"

huhu.. mesti ade yg penah dgr sorang kwn kite nyanyi bnd ni kan.. die start nyanyi je rangkap ni... satu lab tergelak.. dari tension dan bermasam muke, semua terus tersenyum... hai hebat lagu ni... sampai semua org tergelak terbahak2.. mane taknye, kna dgn diri masing2 yg tgh berusaha nak siapkan FYP.. dah tu ade lak aral yg dtg.. makin la pening.. hehe.. Buat pengetahuan semua, lagu ni dinyanyikan oleh yati.. yati tukar lirik daripada lagu 'bengang' nyanyian hakim.. Elok jugak si yati ni nyanyi lagu spontan mcm ni dlm lab.. sekurang-kurangnya, tak de lah rase tegang sangat dalam lab tu kan.. boleh la jugak nak tersenyum ketawa..

FYP... FYP...
aku sayang betul dgn ko...
sampai sekarang aku tak sanggup nak tinggalkan ko...
ak sanggup nak bersame ko siang dan malam...
sampai buku pun ak tak tgk sgt..

FYP.. FYP...
ak syg ko sgt2..
byk betul pahit manis ak dgn ko..
byk yg aku belajar dgn ko...

FYP.. FYP...
ko tau x..
sepanjang aku dgn ko...
mesti ade kwn2 ak yg turut menemankan..
ko nak tau sape die??
zalikha ade, janna ade, ayuni ade, munirah ade, ain ade, aishah ade, cdah ade..
hai boleh kate semua ade la temankan aku..
sebab diorang tau...
aku syg ko sgt2..

tapi kan..
walaupun aku sgt syg dgn ko FYP...
tapi aku kna tinggalkan ko gak..
sbb aku nak grade on time..
jadi harapnye,
FYP ni bersedia utk ak tinggalkan..
huhu..
mampuke aku?
skali.. aku yg tak mampu tinggalkan ko sbb tak siap lagi..
mane boleh mcm tu kan..

hmmm..
xpe2.. usaha slagi ade mase..
dont give up...
semua org pun ade prob dgn FYP nye...
Kwn2 ku..
chaiyok2.. fighting.. ade mase g utk ke lab.. hehe..

InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan kita semua.. AMINN..

philosophy ku dan philosophy mu.. bile nak siap...

salam semua...

hari ni rase nk update..
pttnyela kan.. plan aku hari ni nk siapkan assignment philosophy tajuk "effect of plagiarism on education"..
tpi drpd tadi, tak tertaip-taip lagi.. sgt susah rupenye nk dptkn idea menulis ni.. lebih2 lagi bab 'plagiate' ni.. aku dah la suke plagiate mase buat assignment.. aduhai.. ni la yg dikatekan Dr ari tu.. nak buat essay tntg plagiarism tapi diri sendiri yg plagiate mase tulis essay tu.. huhu... mcm mane nak buat..
tabik 'spring' dgn org yg dpt tulis secare spontan dan dpt siapkn keje ni dgn sekejap..
disebabkan tak dpt idea lagi utk menulis philosophy ni, jadi ak pun nk buat philosophy sendiri kat blog ni.. mane la tau dpt ilham lak lepas tu nak menulis philosophy kan.. hehe..

jadi:
philosophy ku pade hari ni: Merehatkan diri sambil melayari internet sambil mkn bersame housemate sbb byk keje tak siap lagi.. huhu




maka:
ape pule philosophy anda pade hari ini?

Tuesday, March 2, 2010

kemanisan setitis mutiara ilmu di sebalik 1001 cabaran

hampir 6 musim ak di uitm arau.. dan musim ini diharapkn adalah musim terakhir aku di uitm arau.. berakhir dgn baik dgn menyiapkan semua kerja2 kursus yg diberikan.. mendapatkn result yg baik agar ibu bapa dan pensyarah yg mengajar rase gembira.. itulah harapan ku.. itulah juga harapan sahabat2ku.. aku pasti yg itu..

Itulah harapn yg yg tersemat dlm diri masing2.. namun harapan yg suci itu, pasti akn terselit jua rintangan2 yg bakal menguji kecekaln dan ketabahn hati demi mendapatkan setitis mutiara ilmu.. demi menjadi org yg punyai maruah dan harga diri..

kerna ilmu, maruah diangkat,
kerna ilmu, hidup dihormati,
kerna ilmu Islam terbela,
kerna ilmu Iman terpelihara, dan
kerna ilmu martabat diri diangakat tinggi di sisi Allah..

Namun setiap org yg berjihad menuntut ilmu dgn niat yg ikhlas pasti tidak akn terlepas dari diuji.. sameade dari segi jasmaniah atau rohaniah.. dari aspek emosi, spiritual atau lain2.. ak pasti ramai sahabat2ku sedang mengalaminya termasuk lah diriku sendiri.. kadangkala rase hendak berhenti di tengah jalan, rase putus ase, rase diri tidak berguna... buntu mencari jln keluar... namun andai itu yg dilakukan oleh diriku dan juge sahabat-sahabatku , ini bermakne kte masih tidak punyai ketabahan dan kecekalan sebagai seorang muslim.. masih ade rongga-rongga dlm perhubungan kite dgn Allah.. masih ade dose2 kite yg x terampun..

seringkali kedengaran keluhan-keluhan di sana sini bile ujian melande.. antara ujiannya sprti test byk dlm mase seminggu, markah test teramatlah teruk, projek tergendala, assignment byk.. keluhan fitrah sebagai seorang manusia normal.. diriku hanye boleh mengatakan "relax la.. cube lagi" namun hati sendiri juga gundah gulana dgn ape yg berlaku.. tapi itu semua adalh gule2 dlm kehidupan ni.. itulah yg mengajar kite erti menghargai mase, belajar bersungguh-sungguh, dan tolong menolong sesame rakan2.. Ini semua pasti akn menjadi gule-gule yg teramat manis suatu hari nanti walaupun tika ini, itulah ubat yg paling pahit terpakse kite telan..

ini kerna kte pasti x akan melaluinye lagi 2 thn akn dtg dan setrusnya kerana ketika itu status kite sudah berubah.. minda kite semakin menjadi matang.. tanggngjawab semakin banyak.. mase utk bersame rakan2 seperjuangan pasti berkurangan..

Oleh itu, menghargai ape yg kite ade sekarang amatlah penting..
jadikan ujian yg dihadapi sebagai satu cabaran..
betulkan niat menuntut ilmu.. kutip mutiara-mutiara ilmu dgn niat utk membantu ISLAM dan ber'infak' kepada org2 islam dan memerlukan.. ..
jadikan diri sebgai seorang yg tabah dan cekal..
tingkatkan usaha semaksimum mungkin..
jadikan solat sebagai satu terapi diri..
jadikan Allah sebagai tempat mengadu dan meminta...
dan jadikan tawakal kepada Allah sebagai satu tande kite redha dgn ape yg telah Allah tetapkan utk kite..

semoge diriku dan sahabat2 perjuangan mampu mengahdapi saat genting yg mencabar ini dgn tabah demi setitis mutiara ilmu dan juge segulung ijazah yg pasti menjadi idaman setiap org.. 'kite sebenarnye adalah di medan jihad, kerana org yg amti ketika sedang menuntut ilmu dikire sebagai mati syahid' .. jadi agk logik bile seorang pensyarahku mengatakan, maqam ilmu ni tinggi.. hati kena bersih dan suci.. barulah si penuntut ilmu itu dikatekan sedang berjihad..

p/s: post ni adelah bebelan yg x disengajekan.. tibe2 terase mase utk berpisah semakin hampir .. hehe.. sory ek sbb ak rase mcm tgh berleter je kat post ni.. hrp2 kite ambil yg baik dan yg buruk dari post ni hrp dimaafkan. kerna ini adalah ingatan utk diriku sendiri terutamanya dan sahabat2 tersyang amnye.. (mate sdh mengantuk............ huhu)

Thursday, January 21, 2010

Library adalah tmpt untuk "MEMBEBEL" bukan tempat untuk "MENTELAAH"

pagi tadi aku ke library sekejap.. bertujuan nak cari buku2, pastu nak saje nak duduk library untuk buat keje..
tapi tak sampai 5 minit, ak dah tak sabar dah.. bising yg amat.. hanya Allah je yg tau kebisingan diorang dan perasaan ku ketika itu.. ak trus kuar.. mls dah nak carik buku n nak buat keje kat situ..
menyakitkan hati.. dari dulu lagi, org tak kan boleh duduk diam dlm library kan.. bile berkumpul aje, mesti ade bnd nak cakap.. tak cukup kat bilik, rumah, dlm kelas, library pun nak berbual.. huhu... walaupun, aku pernah jugak buat perkare2 ni.. tpi tadi tah kenape rase tak blh sabar lak.. huhu.. mesti dulu, ade je org yg bengang ngan aku bile aku buat bising dlm library.. now, aku dah kena balik.. huhu.. i deserve to feel it.. tpi, kalau kite tgk student oversea, library diorang senyap je kan.. semua mentelaah.. (aku tak tau la betul ke tidak, tapi tu ape yg aku tgk dlm cerita 'love story in havard'.. kalo slh, mintak maaf ye).. sbb tu, aku rase sesuai tukar slogan dlm library tu.. aku cadangkan 'library adalah tempat untuk membebel bukan untuk mentelaah'..

Wednesday, January 20, 2010

Special gift...

happy belated birthday to my father and my mother..
walaupun dah lepas pun birthday mak dan ayah, aku tetap nak wish jugak di blog ni..
Sebenarnye, birthday ayahku adelah pada 10 januari yang lepas, mak pulak pade 2 november yg lepas.. huhu.. sgt lambatkan baru ak wish..

Sebenarnye, ini adalah hari lahir ayahku yg ke 56.. menunjukkan khidmat untuk ayahku bekerja sebagai kakitangan kerajaan juge telah berakhir.. Ini bermakne, dah lebih 20 tahun ayah berpenat lelah mendidik anak bangsa demi mencari sesuap nasi.. lepas ni, ayah dah boleh berehat di rumah.. dan akn bermulelah kehidupannye yg baru.. Bile dah bersara ni, byk perkare yg tak dpt dilakukan dulu, dah boleh dibuat.. pasti ayah akan rase seronok.. diharapkan, ayah akan diberikan kesihatan yg baik dan ceria selalu

Untuk mak pule, hari lahir nye yg lepas adelah yg ke 51.. maksudnye, masih ade 5 tahun lg utk mak berkhidmat, mencurahkan ilmunya demi mendidik anak bangsa menjadi org yg bergune.. diharapkan, mak akn sentiase ceria dan bersemangat dalam menjalankan tugasnye..

Disebabkan ini adelah birthday yg bermakne buat ayah dan ak tak ade bagi ape2 hadiah kat mak mase birthday mak yg lepas, ak cube untuk buat kejutan kpd mereka.. ak belikan hadiah utk mak ayh dan aku poskan ke rumah secare senyap2.. hehe.. kat bwh ni adelah 'special gift' ku buat mak dan ayah:



'special gift' for my father



'special gift' for my mother




'special for them'
Mase nak pos hadiah ni, aku rase takut sgt.. takut2 baju tu tak muat dipakai.. dan takut beg tangan tu tak kena dgn citarase mak.. Tpi, bile da sampai kat tgn mereka, Alhamdulillah.. kelegaan yg teramat sgt bile baju tu ayah boleh pakai dan mak pun suke beg tu.. hehe.. Satu perkare yg menyeronokkan.. (pandaikan aku memilih hadiah untik mereka walaupun brg murah je.. haha)

penat.. penat...

sdh seminggu blogku tidak diupdate.. sebelum update blog, rase mcm nk ubah layout.. akhirnye setelah 2 jam mencube, dpt gak ak ubah layout blog ni.. seronok rasenye walaupun meletihkan otak untuk berfikir.. hehe.. bile ubah layout, title blog ni pun telah ku ubah.. daripada 'coretan hati' kepada 'wonderful life'.. ni semua sbb ak rase blog ak ni lebih berkisar kpd kehidupan ak.. so ini yg membuatkan aku untuk mengubahnye.. walaupun, hidup ni tak selalunya indah, kadangkala kepahitan pasti menyusul di mane-mane, tpi tu semue akan jadi indah juge akhirnya bile dikenang suatu mase nnt.. sbb byk pengajaran yg blh kite ambil dari kepahitan tu.. 'Life is about process to learn... Ready to learn and dare to learn until the end of the world'

Thursday, January 14, 2010

Marketing... oh marketing...

'Marketing'....

satu subjek yg aku x penah terfikir pun nk ambil..
kalo blh rase nak elak dari ambil subjek ni..
tu ape yg aku fikir dulu...
Tpi, sekarang....

ape yg aku tak nak amik ni la, yg aku kena blaja skrg..
huhu.. sgt ssh utk terima kenyataan.. sungguh, yg aku tau, marketing tu adelah 'pemasaran'.. ape bnd pemasaran tu? besides that, i hv nothing knowledge about marketing.. apetah lagi utk jadi usahawan (tak terjangkau dek akal)... mesti byk istilah2 pelik yg aku akn jumpe.. mesti byk nk kena fhm.. mcm mane aku nk buat ni..

Skrg, dah 2 minggu class bermule sekaligus, dah 3 kali msk ke kelas marketing (cube mempositifkan diri sblm msk ke kelas).. Alhamdulillah dpt lesturer yg agk sporting.. bile lecturer ajar, rase2 blh fhm da.. tpi bile bab aplikasikan teori tu dlm 'presentation' huhu.. ak msh lg gagal utk fhm sbnarnye.. syukur, Pn Sarina still cube utk menerangkan dgn sebaiknye..

Utk minggu ni, dpt 2 soalan assignment yg akn dibincangkn dlm kelas pade isnin depan.. kena perah otak lagi ni.. walaupun, kerja kumpulan, tpi semuanya tak de pengalamn tentang subjek ni... Nak tak nak kena buat dgn terbaik gak..

So, ape yg aku akn cube buat utk subjek ni ialah:
1) Betulakn niat - niat menuntut ilmu krn Allah
2) positifkan diri dgn ilmu - walaupun tak suke, tpi ilmu marketing tu suatu yg mulia.. dan mungkin berguna di mase akn dtg..
3) Think that' i'm the chosen one to study this subject - sbgi pelajar kimia, marketing adelah suatu yg baru dan diluar bidangku.. TP, aku terpilih utk ambil subjek ni.. so i hv to grab this chance..
4) Marketing di samping kimia membuktikan bahwa kami student2 kimia boleh menguasai due bidang yg berbeza..

FIGHTING!!!!

cube-cube

Agk lame tak update..
Hari ni bile bukak blog, rase mcm nk try customize blog ni..
kononnye nk mencantikkn blog ni la.. tpi,
setelah 2 jam.. hanya sikit je 'gadget' yg dpt ditambah..
tu pun mcm serabut je lagi.. huhu..
x pela... from time to time, blog ni akn cube utk diimprove lg akn lebih 'mesra pelanggan' hehe... nantikan kemunculannye.. =)