Friday, July 30, 2010

Sahabat dihati 1



Salam semua..
Sahabat.. semua orang ade sahabatkan? saya percaya, tiade orang dalam dunia ni yang takde sahabat.. kenapa kita perlukan sahabat ye? Ini adalah pendapat saya.. kita memerlukan sahabat kerana:

> Kita dapat bertukar-tukar pendapat dan citarasa dengan sahabat
> Dapat melakukan aktiviti2 yang tak dapat dilakukan dengan keluarga.. cth: berkhemah
> Dapat mengenali diri kita dengan lebih dalam lagi
> Dapat belajar untuk menerima kelebihan dan kekurangan seseorang

dan banyak lagilah sebenarnya kepentingan sahabat ni kan.. masing-masing ade pendapat tersendiri.. tapi apepun, yang paling penting kita bersahabat kerana hendak mendekatkan diri kita dengan Allah..

Sebenarnya sahabat di sekeliling kita adalah salah satu wasilah (perantara) kita untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.. kita bersahabat dengan orang yang elok budi pekertinya, insyaAllah sikap sahabat tersebut akan turut mempengaruhi kita.. dan begitulah sebaliknya sekiranya kita bersahabat dengan orang yang buruk akhlaknya.. Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dengan teman yang buruk,seperti penjual minyak wangi dan tukang besi, adapun penjual minyak wangi,maka kemungkinan dia memberimu hadiah atau engkau membeli darinya atau mendapatkan harumannya, adapun tukang besi, maka boleh jadi ia bisa membakar pakaianmu,atau engkau engkau menemukan bau yang hanyir(busuk)" (HR Bukhari no 2101 dalam sahihnya,Muslim no 6653 dalam sahihnya)..



Jadi, marilah kita sentiasa berusaha dan berdoa agar kta beroleh sahabat yang boleh mengingatkan kita dengan Allah, yang akan mengingatkan kita sekiranya kita terlalai..

Andai kita masih tidak bertemu sahabat yang sebegitu, teruslah berdoa agar Allah kurniakan kita sahabat yang baik.. dan kita janganlah hanya menunggu untuk beroleh sahabat begitu.. kita pun mesti berusaha untuk mempertingkatkan diri kita agar kita boleh menjadi cerminan yang baik buat sahabat kita yang lain..


Dan sekiranya kita telah bertemu sahabat yang baik itu, janganlah mudah ditinggalkan sahabat kita yang lama hanya kerana kita merasakan kita dah ade sahabat yang lebih baik yang mampu mendidik kita.. Ini kerana, semua orang boleh berubah dan berpeluang menerima hidayahNya..

"kita berkehendakkan kebaikan, bukanlah hanya untuk diri kita, tapi untuk semua orang di sekeliling kita. dan sahabatlah orang yang paling dekat dengan kita selain ibu bapa(dlm konteks hubungan sesama manusia)



p/s:
1)post ni ditulis sebab, saya amat merindukan semua sahabat-sahabat yang pernah saya kenali dari sekolah tadika hinggalah ke universiti.. post ini juga adalah ingatan untuk diri saya yang sering terlupa akan kebaikan rakan-rakan saya kepada saya dan adakalanya mengabaikan hak mereka.. jadi, entry ni adalah entry khas untuk saya bercerita tentang rakan-rakan yang pernah saya kenali.. semoga ukhwah yang ada sentiasa bertaut berpaksikan iman dan islam.

2)gambar yang diletakkan di atas hanyalah sebahagian.. tak larat nak edit semua buat mase ni.. gamabr rakan2 yang lain insyaAllah akan dimasukkan pada entry akan datang.. =))

3) kepada semua rakan2 saya, terima kasih keran sudi menjadi sahabat saya.. semoga Allah memberkati hubungan ini..