Tuesday, May 8, 2012

sahabatku~~

Assalamualaikum... lame betul blog ni ditinggalkan... tak berkesempatan nak update (alasan normal.. padahal malas.. hehe) actually, ni first post dalam tahun 2012 ni... hari ni rase nak update sebab saya rindu seorang sahabat saya ni.. rindu sangat-sangat dengan dia.. dahulu mase kami bersama, saya suka berkongsi cerita dengan dia.. suka dengar kata-katanya.. dia seorang sahabat yang sangat baik, tegas dan mempunyai pendirian yang tetap... kata-katanya pasti diselitkan dengan nasihat... sering berkongsi suka duka semasa di sekolah dahulu.. kali terakhir kami keluar bersama adalah selepas spm.. mase ambil sijil berhenti kat sekolah... selepas tu, masing-masing membawa diri.. walaupun kadang-kadang adalah jugak berjumpa kat rumah dia.. tapi kadang-kadang saya menyesal.. entah kenapa, orang yang saya sayang, mesti saya cenderung untuk menyakitkan hati dia.. (terukkan...)kenapalah kan.. sy bukanlah sahabat yang baik.. (mohon maaf dari rakan-rakan yang lain) huhu.. tapi sahabat saya ni baik, dia masih lagi melayan saya dengan baik.. memang sangat rindukan dia sekarang...
monolog: pepagi ni, berfeeling-feeling pulak aku.. hmm, tapi mmg la.. aku rindukan sahabat yang sorang ni.. semoga dia sentiasa di dalam lindungan Allah.. seorang sahabat yang tabah, mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu bersendirian di Malaysia, ketika suami meneruskan perjuangan mengutip ilmu Allah di bumi Jordan.. semoga Allah sentiasa memberkatimu wahai sahabatku yang tersayang... uhibbuki fillah sahabatku.. wahai sahabat, andai kau terbaca tulisan ku ini, ketahuilah, aku amat merindui sahabat sepertimu.. sahabat-sahabat yang lain, saya rindukan anda semua juga, tapi pagi ni, terindu lebih dekat yang sorang ni.. hehe... sorry eh..