Tuesday, September 25, 2012

Wonderful life again~~

Assalamualaikum wbt... Hmm, sangat lamekan blog ni tak diupdate.. sibuk sangat kot, tak nak menaip, simpan je dalam otak..

Tapi, Alhamdulillah, hari ni mood menaip datang... 
Kenapa tak nak menaip sebelum ni? 

Sebab saya rase, saya hanya akan post cerita sedih2 + kecewa je.. Hmm, boringla kan.. kalau asyik cerita sedih je... takkanlah hidup saya ni hanya diwarnai oleh warna kesedihan je.. tak kan tak de warna kegembiraan kan.. Tak wonderful life la macam tu kan... name blog wonderful life.. tapi isi tak menggambarkan tajuk...

Jadi, setelah lama bertapa, bermuhasabah diri, mengkoreksi diri, jadi saya cuba untuk hidupkan balik blog ni.. InsyaAllah... agak berkarat jugak otak ni... tapi tak pe lah kan.. demi mengisi masa lapang.. I'll try to write, to share something with others, to make something different in my life...

Walau ape-apepun, harapannya, blog ini, bukanlah tempat untuk saya membuang masa tetapi ade sesuatu yang boleh dikongsi dengan pembaca... takut dipersoal nanti...

Saya suka tempat yang ada air.. macam dalam gambar ni... wonderful right? Think out of the box to have a wonderful life... =) 

Oklah, ini sekadar permulaan... I try to write something about my life, but suddenly my brain just hanging and cannot think.. Relax, relax and think peacefully (macam nak jawab exam pulak kan).. InsyaAllah.. I will... Hehe...

 Ok see u again guys...

Ma'assalamah wa ilalliqa'

 -Hanisah binti Hamdan-
     (Annisa' Hanisah)

Tuesday, May 8, 2012

sahabatku~~

Assalamualaikum... lame betul blog ni ditinggalkan... tak berkesempatan nak update (alasan normal.. padahal malas.. hehe) actually, ni first post dalam tahun 2012 ni... hari ni rase nak update sebab saya rindu seorang sahabat saya ni.. rindu sangat-sangat dengan dia.. dahulu mase kami bersama, saya suka berkongsi cerita dengan dia.. suka dengar kata-katanya.. dia seorang sahabat yang sangat baik, tegas dan mempunyai pendirian yang tetap... kata-katanya pasti diselitkan dengan nasihat... sering berkongsi suka duka semasa di sekolah dahulu.. kali terakhir kami keluar bersama adalah selepas spm.. mase ambil sijil berhenti kat sekolah... selepas tu, masing-masing membawa diri.. walaupun kadang-kadang adalah jugak berjumpa kat rumah dia.. tapi kadang-kadang saya menyesal.. entah kenapa, orang yang saya sayang, mesti saya cenderung untuk menyakitkan hati dia.. (terukkan...)kenapalah kan.. sy bukanlah sahabat yang baik.. (mohon maaf dari rakan-rakan yang lain) huhu.. tapi sahabat saya ni baik, dia masih lagi melayan saya dengan baik.. memang sangat rindukan dia sekarang...
monolog: pepagi ni, berfeeling-feeling pulak aku.. hmm, tapi mmg la.. aku rindukan sahabat yang sorang ni.. semoga dia sentiasa di dalam lindungan Allah.. seorang sahabat yang tabah, mengharungi kehidupan sebagai seorang isteri dan ibu bersendirian di Malaysia, ketika suami meneruskan perjuangan mengutip ilmu Allah di bumi Jordan.. semoga Allah sentiasa memberkatimu wahai sahabatku yang tersayang... uhibbuki fillah sahabatku.. wahai sahabat, andai kau terbaca tulisan ku ini, ketahuilah, aku amat merindui sahabat sepertimu.. sahabat-sahabat yang lain, saya rindukan anda semua juga, tapi pagi ni, terindu lebih dekat yang sorang ni.. hehe... sorry eh..



Wednesday, November 16, 2011

Saat kalam Allah berbicara....




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog ini... Semoga sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Minggu ini adalah minggu yang sangat menyesakkan saya.. Pelbagai perkara yang datang menuntut hak mereka... macam-macam perkara yang hendak dilakukan dalam masa yang singkat tetapi memerlukan pengamatan dan penelitian yang tinggi..
Setiap perkara saya perlu laksanakan dengan penuh tanggungjawab.. kerana itu amanah... Hanya Allah yang tahu ape yang saya rasakan sekarang.. Kalau anda pernah bergelar sebagai seorang pelajar pasti anda pernah lalui apa yang saya lalui... Tidak perlu rasanya untuk menyatakan di sini.. tetapi, kesukarannya sama tetapi mungkin ada lebih dan kurang.. Sehingga saya merasakan saya sangat-sangat tidak mampu untuk melaksanakannya...
tetapi saya perlu laksanakan kerana saya seorang muslim.. dan seorang muslim mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu.. Di saat semua perkara hendak dilakukan dalam satu masa, semangat merudum, kesedihan mendatang, kemurungan melanda jiwa... Ya Allah, sangat membebankan sehingga tak tau nak buat macam mana... Tetapi, Allah Ar-Rahman , Allah Ar-Rahim...
Di saat saya sangat-sangat kebuntuan, Allah datangkan bantuan... Saya sangat bersyukur Allah gerakkan hati saya untuk menghadiri satu majlis ilmu... Walaupun pada mulanya, hati agak berat untuk pergi kerana bebanan kerja... Majlis ilmu dimulakan dengan bacaan Al-Quran diikuti tafsir dari surah Ali-Imran ayat 122-139...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.... MasyaAllah... Ayat pertama sangat-sangat menjawab permasalahan saya.. sehinggalah ke ayat terakhir terasa seperti hati sedang ditenangkan oleh Allah... Kalam-kalam Allah tersebut memberi motivasi kepada saya... MasyaAllah... di sini saya kongsikan tafsir ayat suci Al-Quran ini (saya ingin mengajak pembaca sekalian membaca ayat-ayat ini dengan penuh penghayatan. Semoga Allah menyentuh hati-hati pembaca dan memberi hidayah):

" Ketika dua golongan dari pihak kamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah penolong mereka. Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal" (122) "

Dan sungguh,
Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah agar kamu mensyukurinya" (123)

" Ingatlah ketika engkau Muhammad mengatakan kepada orang-orang beriman : Apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan dari langit?" (124)

"Ya (cukup). Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda" (125)


"Dan
Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi kemenanganmu, dan agar hatimu tenang kerananya. Dan tidak ada kemenangan itu, selain dari Allah yang mahaperkasa, mahabijaksana" (126)

"Allah menolong kamu dalam perang Badar dan memberi bantuan adalah untuk membinasakan segolongan orang kafir atau untuk menjadikan mereka hina, sehingga mereka kembali tanpa memperoleh apapun" (127)

"Itu bukan menjadi urusan Muhammad. apakah Allah menerima taubat mereka atau mengazabnya kerana sesungguhnya mereka orang-orang zalim" (128)


"Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki, dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha pengampun, Maha penyayang" (129)

"Wahai orang yang beriman! janganlah kamu memakan riba dengan berlipar ganda dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" (130)

"Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir" (131)

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat" (132)

"Dan
bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-mu dan mendapatkan Syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa" (133)

"iaitu
orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (134)

"Dan juga orang-orang yang apabila
mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui" (135)

"Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal" (136)

"Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, kerana itu berjalanlah kamu ke segenap penjuru bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan rasul-rasul" (137)


"Inilah Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa" (138)


"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman" (139)


Monologku: Allah pernah berfirman, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. sangat benar dan betul... Allah sentiasa ada saat kita perlukannya.. bila menghadapi kesukaran bacalah Al-Quran.. Pasti akan ada jawapannya... Allah maha pengasih maha penyayang.. Semoga saya lebih bersemangat untuk menyelesaikan kerja-kerja dan tuntutan dengan penuh amanah dan kesungguhan...



Tuesday, November 1, 2011

No title,,,

Ya Allah...
seronoknya bersama mereka...
hati rasa tenang...
jiwa rasa hidup...
rasa ada yang mengambil berat...
berkongsi makan bersama...
berkongsi susah bersama...
berkongsi gembira bersama...
dalam apa-apa yang dilakukan pasti orang lain didahulukan...
salah yang dilakukan dibetulkan dengan hikmah
peringatan sentiasa diberi...
ukhwahnya terasa...
bukan mengharap balasan...
tetapi hanya mengharapkan redha Allah...

Ya Allah,
kekalkan daku di dalam suasana begini...
kukuhkan hubungan ini....
mekarkan ukhwah ini...
Jauhkan dari sengketa...
Agar ukhwah ini menjadi laluan percambahan ilmu, iman dan taqwa...
Permudahkan urusanku dan urusan mereka...

Ameeen....


Friday, October 28, 2011

Manusia merancang Allah juga merancang....

Akhir-akhir ini, kata-kata ini yang selalu bermain di fikiran...
pendek tapi cukup mendalam maksudnya...
kita seringkali merancang untuk melakukan sesuatu,
untuk mendapatkan sesuatu,
untuk mendapatkan kejayaan,
untuk mendapatkan pekerjaan yang baik...
namun tak semua perkara yang kita mahukan itu, kita perolehi...

ada perkara yang Allah izinkan kita peroleh dengan mudah,
ade perkara diperoleh setelah kita lalui kesukaran dan
ada juga perkara atau keinginan kita yang kita tidak perolehi langsung...

Mengapa ya?

itulah hukum alam...
kita hanya mampu merancang dan tak mampu mendapatkan kesemua yang kita rancangkan kerana Allah yang menentukan...

Sebenarnya, kita yang seringkali terlupa bahawa bukan kita sahaja yang merancang tetapi Allah juga merancang...
Bahkan perancangan Allah itu lebih baik berbanding diri kita sendiri...
Kadangkala, perancangan Allah terhadap diri kita itu sesuatu yang kita tidak sukai...
sesuatu yang kita tidak sangkakan...
jika iman menurun ketika itu, sudah pasti kita akan menyalahkan Allah...
kita tidak redha dengan apa yang berlaku..

Nauzubillahiminzalik...

Semoga kita tidak lakukan perkara-perkara sebegini...
Allah pasti tahu apa yang diaturkan untuk kita..
itulah yang terbaik.. itulah tarbiyah darinya...
itulah salah satu proses membersih jiwa..
proses meningkatkan iman...
sentiasa bersangka baik...
ikuti perintahNya dan rasulnya..

Merancanglah apa sahaja, usahalah sehabis-habisnya...
namun jangan disesali hasil yang diperoleh tidak setimpal...
bersabarlah...
dunia medan ujian...
medan mengumpul bekalan akhirat...

"Barangkali engkau menyukai sesuatu, tetapi itu tidak baik bagi kamu.. dan barangkali kamu tidak menyukai sesuatu, tetapi itulah yang terbaik bagi kamu"

Ya Allah,
Engkaulah sebaik-baik perancang,
redhakan hatiku dengan ketentuanmu,
damaikan aku dengan perancanganmu,
lapangkan dadaku dengan takdirmu,
keluarkan aku dari kemelut yang melanda,
sabarkan hatiku melaluinya,
sesungguhnya engkau lebih mengetahui berbanding diriku..




Thursday, October 6, 2011

Cebisan mutiara,,,

"Mengadu pada manusia mengurangkan bebanan yang bersarang di kepala,
namun belum pasti menjanjikan penyelesaian...
Tetapi, dengan mengadu kepada Allah,
kesabaran pasti akan diuji,
penantian menantikan jawapan terhadap doa-doa yang dipinta,
kadangkala boleh mebuahkan perasaan putus asa...
Namun, itulah cara Allah mendidik...
Itulah cara Allah memberikan jawapannya...
Itulah cara Allah memberi nikmat kepada hambaNya...
Pasti tepat pada waktunya...
Pasti indah pada ketikanya...
Kasihnya Allah kepada hamba-hambaNya...

ALHAMDULILLAH...



Wednesday, October 5, 2011

Dilema cinta...

Dilema cinta

Puas ku coretkan kata cinta ini
beriringan kata seindah bicara
lautan api telah pun kuselami
namun geloranya tetap sama

Oh tuhan,
dimanakah cintamu

oh tuhan,
dimanakah rindumu

dan ke manakah redhamu
kemanakah restumu
dilema cinta ini merunsingkan hatiku
kuharapkan cintamu illahi

dilema cinta ini merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat darimu

dilema cinta ilahi

oh tuhan,
dimanakah cintamu
oh tuhan dimanakah rindumu
dan kemanakah redhamu
kemanakah restumu
dilema cinta ini merunsingkan hatiku
kuharapkan cintamu ilahi
dilema cinta ini merunsingkan hatiku
hanya ku dapat laknat darimu

Forheart:
Dilema Cinta Ilahi