Assalamualaikum semua...
Sudah lame tak menulis kat blog ni..
Kini saya kembali lagi untuk berkongsi cerita...
Kali ini saya nak bercerita tentang Cikgu Mariam..
Cikgu Mariam ni sebenarnya kawan kepada emak saya..
Emak saya pun baru mengenalinya sewaktu menunaikan Umrah yang lepas..
Selepas balik dari umrah, hubungan mereka terputus sehinggalah suatu hari dengan takdir Allah mereka bertemu semula..
Sejak bertemu semula,
Cikgu Mariam dan suaminya selalu bertandang ke rumah saya..
Saya sangat suka dengan kedatangan Cikgu Mariam dan suaminya yang kadangkala disusuli dengan anak-anaknya...
Kenapa saya suka??
Sebab....
Cikgu Mariam ni baik orangnya..
Wajahnya menenangkan..
Setiap kali berkata-kata,
dia tak akan berkata-kata dengan sia-sia..
Pasti kata-katanya itu penuh hikmah dan nasihat..
Seringkali juga dikaitkan dengan Hadith-hadith Sohih..
kerana itulah saya suka..
Sebab jarang saya dapat jumpa dengan orang begini selepas tamat mengaji di UITM..
Susah nak dapat nasihat yang sebegitu baik dalam dunia yang penuh pancaroba ni kalau tak mencarikan..
Jadi bila jumpa orang yang macam ni saya tak lepaskan peluang..
Ahad lepas,
Cikgu Mariam sekeluarga berziarah ke rumah saya..
Saya memanggil Cikgu Mariam ni dengan panggilan kakak..
Bila ade mase yang sesuai,
saya akan cuba untuk berbual-bual dengan kak Mariam..
dan pastilah ada nasihat untuk saya..
Jom saya kongsikan nasihat tersebut semoga boleh juga jadi ikutan kawan-kawan semua.. =))
Nasihat Cikgu Mariam (yang berbold tu adalah nasihat cikgu@kak Mariam, yang bertulisan senget tu adalah monolog saya sendiri):
1)
Banyakkan bersolat Dhuha dan bersolat malam kerana solat Dhuha pembuka rezeki solat malam mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah tidak akan menghampakan hamba-hambanya yang benar-benar berhajat dan meminta pertolongan dariNya..
(huhu.. ups, aku jarang buat solat dhuha dan solat malam ni walaupun benar-benar ada benda yang diinginkan.. hehe)
2) Untuk mudah bangun solat malam tidur awal. Dalam pukul 9.30 mlm dah boleh untuk tidur. Sepatutnya waktu ni memang dah patut kurangkan aktiviti.
(9.30 malam?? hehe saya selalu tidur awal.. tapi selalu tak bangun tengah malam)
3)
berdoalah selalu agar dikurniakan suami yang beriman dan beramal soleh.. jangan minta suami yang kaya sebab suami yang kaya belum tentu beriman . Lelaki yang beriman dan beramal soleh ni sebenarnya secara tak langsung kita dapat menumpang kekayaan dia
(saya percaya sbb kak mariam sendiri menjadi contoh. kak mariam dapat menumpang kekayaan suaminya yang bukan shj bekerja bagus tetapi kaya dgn budi pekerti dan budi bahasa serta soleh orangnya)
4)
Dari sekarang kumpul ilmu-ilmu tentang rumahtangga.. Banyakkan membaca buku-buku tentang cara menjadi isteri solehah, menjaga rumahtangga dan sebagainya..Banyakkan juga belajar tentang hal-hal mengurus rumah sebab bila dah kahwin walaupun kita rase kita tau tentang cara-cara mengurus rumah, tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu..
(huhu.. betul jugak ni.. saya jadi malu seketika kerana sebenarnya kak mariam ternampak buku novel cintan-cintun atas katil saya.. hehe)
5)
Anda sebenarnya sedang diuji dengan masa.. Cuba cari sesuatu yang boleh anda gunakan untuk mengisi masa..
(huhu.. yang ini agak tersentap.. memang betul pun.. dalam tengah tak kerja ni, banyak buang masa jugak sebenarnya.. Kak Mariam kalau dia ada kelapangan pasti dia akan mentadabbur Al-Quran, menghafal hadith-hadith dan lain-lain.. patutlah kata-kata yang keluar dari mulut kak mariam sentiasa yang baik-baik sahaja dan penuh nasihat)
Inilah sedikit sebanyak nasihat kak Mariam tempoh hari.. Sedikit tapi bermakna dan bermanfaat bagi saya.. Semoga boleh menjadi panduan rakan-rakan.. Selepas ni kalau ada lagi nasihatnya, insyaAllah akan dikongsikan..
P/S: hehe.. selamat mengamalkan nasihat tersebut.. betulkan ape yang kak Mariam cakap.. yang paling saya terasa yang nombor 5 tu.. huhu.. kena cari jalan supaya tak buang masa.. (saya tak ada gambar kak Mariam.. nanti bila ada peluang saya ambil dan masukkan di blog ini ya.. )
bagus..like this....
ReplyDeletemunamuni~~ good.. =))
ReplyDeletenak cari buku persediaan menjadi isteri solehah la...
ReplyDeleteAJ~~ carilah... smoga berjaye mendapat manfaat..=))
ReplyDeletenk buku tu jgk..hehe...doakn seme2 ye
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteyuyu~~ hehe.. kna kumpul duit nak beli buku tu.. smoga doa dimakbulkan.. aminn.. =))
ReplyDeletenisa.. bestnya nasihat2 dia...
ReplyDeleteak pun sgt tersentuh dgn yg ke5 itu.. kita skang tgah diuji dgn masa.. -_-
seedah~~ bestkan nasihat die.. nasihat die ibarat air yang mengalir.. huhu.. kite kna isi mase nampaknye ni.. =))
ReplyDelete