Assalamualaikum...
Salam rindu dan salam ukhuwah buat semua sahabat yang setia menjadi pembaca blogku ini.. Lama jugak rasenya, blog ni tidak dikunjungi olehku sendiri.. kali ni, saya nak bercerita sedikit tentang beberapa kisah hidup.. bukan hendak menjaja cerita tapi sekadar berkongsi yg mungkin rakan2 boleh elakkan dari berlaku dalam hidup kalian.. dalamnya ade nikmat tersembunyi yang mungkin saya tidak sedari.. mungkin rakan-rakan boleh memberikan sedikit komentar.. =)
Kisah 1: Bercuti @si penganggur
Alhamdulillah.. tamat sudah pengajian ijazah sarjana mudaku di UiTM.. tempoh 3 thn yang penuh suka duka... Kejadian, suasana, dan situasi yang tak akn berlaku lagi tapi tetap akan utuh diingatan.. InsyaAllah. Sekembalinya ke kampung halaman, perasaan gembira tidak terkata kerana dapat bersama ayahanda dan bonda tercinta.. sudah lame menantikan saat-saat ini.. hampir 9 tahun saya menjadi warga asrama semenjak dari tingkatan 1 membuatkan saya sgt2 gembira kerana dapat bercuti semula. Maka bermulalah kisah saya di rumah yang mana rutin hariannya adalah sama.. bangun pagi, siapkan sarapan, gosokkan baju mak untuk pergi kerja, menjemur kain (nasib baik mak bantu basuh kain.. hehe), sapu rumah, tgk keadaan ayah dan sebagainya.. tak lupe juge melayari jobstreet dan ape shj website pekerjaan untuk mencari pekerjaan..
Semuanya saya jalani dgn gembira.. Tidak terfikir oleh saya, akan perkara-perkara yang boleh menggugat ketenangan jiwa.. Sekian lama, dgn rutin harian begitu, saya mulai bosan dan jemu.. saya juga mulai rasa saya tidak dapat berkhidmat kepada masyarakat. saya tidak dapat menggunakan tenaga saya untuk mencari wang sara hidup sendiri.. masih mengharapkan mak dan ayah.. disebabkan rasa bosan itu, saya mencari hiburan yang mane saya lakukan sehingga kadangkala menimbulkan kemarahan ayah dan mak (apelagi, menonton cerita korea+jepunla sampai malas nak buat kerja rumah.. huhu)..6 bulan begitu.. membuatkan saya hampir berputus asa dan berputus harap..
Kisah 2: Ayahanda tersayang dimasukkan ke hospital di Bulan Ramadhan.
Semua orang pasti ada mak dan ayahkan.. Dan kadangkala kita pasti akan diuji dengan ibu bapa.. dan, ibu bapa juga pasti akan diuji dengan anak-anak iaitu diri kita sendiri.. kalau sesuatu terjadi pada ibu atau ayah anda, pasti anda akan merasai kesedihan dan kerisauan bukan? pasti kalau boleh, anda ingin berada di samping mereka untuk meredakan ape yang mereka rasa walau buat seketika bukan? begitulah yang terjadi.. Di bln Ramadhan 2010, hari ke 5 umat Islam berpuasa, ayah dimasukkan ke hospital Seremban.. Aduh, saya merasakan ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.. dengan keadaan diri sendiri yang tidak mampu untuk memandu kereta ke Seremban (memerlukan abg untuk membawa.. yang mana abg tersebut kerja tidak menentu bila akn habisnya. dalam mase yang same, ibu ayah sgt memerlukan kita untuk menjaga kebajikan mereka di hospital) bagi saya pada ketika itu, satu situasi yang sgt mencabar.. perlu duduk rumah berseorangan.. ya, saya biase tinggal di rumah sendirian.. tapi, bile kita diuji begitu pasti akn dtg perasaan-perasaan jahat dan juga kesedihan yang merobek-robek ketenangan hati.. Alhamdulillah, ketika itu di bulan Ramadhan, sekurang-kurangnya, suasana di bulan Ramadhan yang tenang itu sedikit sebanyak mendidik jiwa saya agar bertenang walaupun hanya seketika.. Lagi mengusik, doktor hampir menahan ayah di hospital ketika umat Islam merayakan Aidilfitri. Emak pula sudah siap memberikan resipi rendang daging agar saya memasak rendang tersebut dan bawakan ke hospital (biasenye, saya akn masak rendang daging bersama-sama emak, jadi saya hanya menyediakn bahan sahajalah.. yang selebihnya emak yang akn buat..) perasaan sayu menerjah hati, bile emak menyebutkan satu persatu resipinya sebab saya dah terbayang yang saya akan buat semua itu sendiri tanpa kehadiran emak di sisi. Saya pasti, adik-adik dan terutama abang saya juga berasa sayu.. Kerana, sepatutnya pada Syawal 2010 buat kali pertamanya dalam tempoh 5 tahun kami dapat berkumpul semula dan beraya sebagai satu keluarga (5 thn abg beraye sendirian di perantauan)
Kisah 3: Kerja di tadika atau kekal menganggur
Dalam banyak-banyak kerja yang saya apply, hanya kerja di tadika sahaja yang mendatang walaupun saya tidak apply.. Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada sahabat saya Munirah Daud dan Nur Ayuni Abd Rahman yang menawarkan kerja tersebut.. Saya sangat menghargainya.. dan saya sangat menginginkannya.. Namun apekan daya, jika ibu mengatakan tidak walaupun saya sudah memujuknya, saya pun tidak berani membantahnya.. walaupun ade tanda protes di dalam tindak tanduk ku.. (Ya Allah ampunkan daku) jadi ku pilih, untuk terus menganggur.
Kisah 4: MARA or UKM
20 hb, pendaftaran di UKM. 20 hb jugalah temudugaku buat kali yang ketiga di MARA..
Hmmm.. Dua perkara yang sangat ku inginkannya dan juga 2 perkara yang mane memrlukan aku supaya berusaha semaksimum mungkin untuk mendapatkannya.. MARA: 2 ujian yang telah dilalui memang sangat mencabar. terutamanya sesi microteaching di kawasan yang tak pernah dilawati.proses penyediaan bahan microteaching yang sangatlah tidak tahu bagaimana nak menyiapkannya.. Namun, Allah maha pengasih dan penyayang.. UKM: memerlukan aku untuk ke Arau semula bersama seorang sahabat untuk meminta testimoni pensyarah, perlu ke UKM semula untuk mengetahui status permohonan(ayah menemankan dalam keadaan tidak begitu sihat).. bagiku, kedua-duanya sangat menguji.. namun, itulah ketetapan Allah. Ujian Allah buatku..
UKM, adalah jawapan kepada istikharahku.. byk pendapat saudara maraku dan juga rakan-rakanku yang menyuruhku agar pergi temuduga then mendaftar di UKM. Tpi, buat diriku ini yang agak buta jalan-jalan di KL dan dalam situasi tidak mahu menyusahkan sesiapa (ayah tak dpt hantar krn msk hosp buat kali ke 2) maka ku padamkan niat untuk ke temuduga MARA. Ada juga niat di hatiku untuk menolak sahaja tawaran belajar di UKM dan hanya menunggu MARA. Namun, Allah lebih mengetahui. Biarlah, ku redha apa yang berlaku.. UKM jawapan istikharahku.
Refleksi Diri:
Kisah 1 :
Jikalau saya betul-betul berputus harap dan berputus asa, pasti saya akan termasuk dalam golongan yang menyalahkan takdir. Golongan yang bersangka buruk dengan Allah. Sedangkan sebagai Umat Islam itu tidak sepatutnya berlaku. Ku bersyukur, Allah hadirkan Cikgu Mariam yang banyak memberiku teguran membina seperti aku sedang di uji dengan masa, banyakkan solat dhuha dan tahajud. Satu nasihat kak Mariam yang tidak akan kulupakan adalah Allah tidak akan menghampakan hamba-hambaNya yang mengharap. terima kasih juga kepada sahabat-sahabatku yang banyak memberikan nasihat seperti Zalikha Taza, dan Aishah Jasli.. Terima kasih atas nasihat kalian yang sentiasa membuatkan hatiku ini segar dan bertambah kuat.. Kemudian, berusahalah menjaga diri agar tidak menyakitkan hati ibu bapa dan berusahalah menyenangkan hati mereka dengan ikhlas. InsyaAllah Allah akan membalas. Dalam mengaanggur itu sebenarnya, ada nikmat yang Allah nak beri.
Allah nak beri saya peluang untuk berbakti kepada ibu bapa saya. Allah nak beri saya peluang untuk menunjukkan kasih sayang saya kepada ibu bapa.. (namun saya lambat menyedarinya dan banyak tuntutan yang saya abaikan.. astaghfirullah) Sebenarnya, Allah juga nak beri saya peluang untuk mengumpul ilmu tentang hidup dan ilmu agama (dengan belajar ilmu hidup dan ilmu rumahtangga dari mak dan nenek serta belajar ilmu agama dengan membaca buku-buku agama. Namun, banyak yang ku tidak endahkan atas sebab sikap MALAS!!)
Kisah 2:
Dalam Kesenangan pasti ada kesusahan.. kerana setiap kesenangan pasti akan diuji.. Itu firman Allah(maaf tak ingat dari surah ape dan ayat berapa) Saya bersenang lenang di rumah, mengabaikan sedikit sebanyak tanggungjawab saya. Akhirnya Allah menguji.. Allah ambil sedikit nikmat beribu dan berayah.. orang kate, dah terhantuk baru nak terngadah. Begitulah..barulah saya merasai betapa beratnya bebanan emak di rumah. barulah saya merasa kehilangan dan hendak menghargai.. barulah saya rase menyesal di atas sikap MALAS yang saya tunjukkan (moga ade keampunan untukku). Namun setiap kesusahan pasti ada kesenangan..
Itu NIKMAT Allah.. Rupenya, Allah nak mengajarkan agar lebih berdikari dan lebih percaya kepada diri sendiri. Allah juga mengajarku bahwa sudah tiba masanya untuk aku berkhidmat kepada mereka bukan menjadi bebanan buat mereka (Namun, aku masih juga menyusahkan mereka. maafkan ku mak dan ayah)
Kisah 3:
Jadilah anak-anak yang menyenangkan hati ibu bapa.. Itu impian.. dan saya tahu, saya sukar untuk melaksanakannya sebab sikap ego yang ada dalam diri saya.. dalam mengikut kate-kate emak, saya memprotes melalui tindakan.. entah apela perasaan emak ketika itu.. pastinya emak berkecil hati.. pasti Allah murka.. (Ya Allah, lemahnya diriku dalam menyenangkan hati ibu bapaku.. bimbinglah diriku)
Namun, NIKMAT Allah tetap ade.. Allah tahu, aku tidak akan mampu untuk melaksanakan tugas sebagai guru tadika, kerana itulah Allah mengilhamkan kepada emak untuk menghalangku dari bekerja di sana.. Ya, dan sekarang baru ku merasainya bahawa aku tidak mampu melayan kanak-kanak yang bermacam-macam kerenah.. (Allah, sungguh indah aturanmu)
Kisah 4:
Ku redha dengan pilihan ku..
Ku yakin dengan petunjuk Allah..
Ku yakin Allah yang menguasai masa depanku.. Biarpun nama disenarai hitamkan, namun aku yakin, rezeki itu Allah yang beri dan bukan manusia.. Allah tidak zalim, malah lagi bersifat pengasih dan penyanyang.. walaupun ade rasa sedih menerjah lubuk hatiku.. Tapi Allahlah yang menguasai segalanya..
Sebenarnya, itulah NIKMAT Allah buatku.. (rupenya, Allah takdirkan ayah masuk hospital buat kali ketiga) bila di UKM ini, dapatlah saya menjenguk mak dan ayah setiap hari.. paling tidak 2 kali sehari.. dapat juga membantu mereka di hospital.. paling tidak, apabila pulang dari hospital, rasa sedih itu akan berkurang kerana saya di asrama.. andaikan, saya masih di rumah(menunggu tawaran MARA) pastilah saya akan lebih bersedih.. dengan melihat rumah kosong diisi saya sendiri.. pastilah akan terbayang-bayang kelibat mak dan ayah.. Allah, kau mengetahui bahawa aku tidak mampu melalui semuanya sendirian.. itulah gerakanmu terhadap hatiku..
Pengajaran:
Mungkin rakan-rakan boleh mengambil pengajaran dengan tidak mengulangi kesilapan yang telah saya lakukan sperti:
1) Jangan bersikap ego dengan ibu bapa.. rendahkanlah egomu di hadapan ibu bapamu walaupun ade perkara yang kita tidak sehaluan dengan mereka.. Redha dan restu mereka penting!!
2) Jangan bazirkan masa. Masa itu sangat berharga.. Jangan di akhir nanti baru kita persoalkan kenapa kita tak buat itu, kenapa ini dan sebagainya.. kerana Allah memberi mase yang same kepada semua hambanya iaitu 24 jam.
3) Isilah mase dengan perkara yang berfaedah.. setiap perkara kena seimbang.. dalam menuntut ilmu(ilmu agama. rumahtangga, kehidupan dan sebagainya) kita boleh berhibur.. dalam berhibur jangan berlebihan.. Pastikan ade mase untuk kita dengan Allah.
4) terimalah setiap ujian itu dengan redha.. InsyaAllah Allah akn membantu.. saya hampir berputus asa dan berputus harap (semoga rakan-rakan tak menjadi begitu) anggaplah ade yang Allah nak tunjukkan dan beri teguran kepada kita.. sentiasa bersangka baik dengan Allah..
5) sesungguhnya, bila kita diuji itu, maksudnya, Allah ingat kat kita.. seronokkan bile Allah ingat kat kita.. Sebab dalam ujian itulah banyak tunjuk ajarnya.. Bayangkan kalu Allah tak ingat kat kita.. ha, mesti kita akan lupe diri kan..
jadi saya rase setakat itu sahajalah entry kali ini.. panjang sangat dah rasanya.. pasti pembaca pun dah tak larat nak baca.. maaf yye pembaca sekalian.. pengajaran yang lain tu mungkin para pembaca boleh fikir dan kongsikan bersama saya.. insyaAllah.. kalau ade yang tak setuju pun, saya terima.. kerana saya tau, you all tell because you all care.. =)maafkan saya, andai tulisan saya ini kalian tidak menyukainya.. bukanlah niat saya untuk menjaja apatah lagi untuk membangga.. tapi sekadar meluahkan dan ingin berkongsi dengan rakan-rakan..
nisah....sungguh aku tersentuh, mmg aturan allah tu yg paling baik tp kt ego utk terima. Semoga allah mengampuni dosa2 kt semua. Tiada daya utk kt meneruskan kehidupan ini melainkan izinNYA...restu dr mak ayah jgk penting mcm ko ckp kt atas, just based on my experience....mcm mana buruk kt dipandangan org lain tp kalau restu mak ayah tu ada insya'allah kt akan kuat menghadapinya, moga syurga lah tmpat mak dan ayah kite semua ameen...
ReplyDeleteP/s: seriously aku rs sebak yg amat
Betul Aishah.. semuanya adalah dari Allah dan restu ibu bapa itulah yang penting.. sbb Allahlah yang menggerakkan hati ibu dan ayah untuk memberi restu.. kerana hati-hati manusia itu adalah milik Allah.. Seperti katamu Aishah, Semoga Allah menerima mak dan ayah kite sebagai hambaNya dan menyediakan tempat untuk mereka di dalam syurga nanti. Ameen..
ReplyDeleteP/S: semoga Allah mengampunkan dosa kita semua juga..
setuju2....nisah, ko x yah r mention name pnuh aku, malu lah saya.....
ReplyDelete