Monday, August 2, 2010

Ayam kampung masak lemak cili api + sup tulang

Salam semua...
Sabtu lepas datuk dan puan ku datang tidur kat rumah..
jadi semalam saya dan emak masakkanlah sesuatu yang istimewa untuk mereka.. menu masakan amatlah saya suke..hehe..

menunya adalah ayam masak lemak cili api dengan sup tulang.. yang bezanya ayam masak 'lomak' cili api ni emak gunakan ayam kampung.. makin bertambah selera sbb saya memang sukakan ayam kampung.. Bile ayam kampung ni dimasak lemak, lg sedap jadinye.. hehe..

dah terliur?? sedapkan.. =))

sup tulang pula adalah menu tambahan sebab ayah dah tak boleh makan masakan bercili api.. jadi buat sup tulang pun special jugak ni..

ha kat sini saya nak kongsi resipi ayam kampung masak 'lomak' cili api dengan sup tulang.. resipi yang saya buatla (tak adelah istimewa mane)

jom belajar masak.. hehe..

AYAM KAMPUNG MASAK LEMAK CILI API

Bahan-bahan:

1 ekor ayam kampung (kalau tak suke ayam kampung boleh gantikan dengan ayam pasar)
10 – 15 biji cili api (ikut selera masing-masing)
2 batang serai
kunyit hidup (ukurannya dalam setengah ruas ibu jari)
Beberapa biji kentang
Santan
Garam
Asam keping





Cara memasak:

1. Bersihkan ayam dan potong kepada 12 bahagian (ikut kegemaran masing-masing) kemudian cuci dengan air.
2. Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam periuk.
3. Tumbuk cili api bersama kunyit hidup sehingga lumat (tak larat nak tumbuk leh mesin je sume tu.. senang sikit)
4. Masukkan cili api dan kunyit yang telah dilumatkan ke dalam periuk.
5. Masukkan pula serai yang juga ditumbuk sedikit (tak perlu hancur lumat)
6. Bersihkan kentang (kulit dibuang) , potong kepada 4/8 bahagian dan masukkan ke dalam periuk
7. Gaulkan bagi sebati di dalam periuk dan hidupkan api.



Biarkan campuran bahan2 tadi selama beberapa minit sehingga air ayam tersebut agak kering sedikit. Sementara menunggu air ayam tersebut kering, kita bolehlah menyediakna santannya. Ni bagi sesiapa yang menggunakan santan daripada kelapa yang diparut sendiri. Biasanya kelapa yang diparut sendiri ni akan diperah santannya sebanyak 3 kali (kalau nak gunakan santan kotak pun boleh tapi yang telah dicampurkan dengan air):

• Perahan yang pertama dipanggil pati santan dan diasingkan dari santan yang kedua dan ketiga
• Perahan santan yang kedua dan ketiga boleh dicampurkan

8. Bila air ayam sudah kering, bolehlah dimasukkan santan yang kedua dan yang ketiga. Jangan masukkan pati santan dahulu.
9. Gaulkan dan masukkan garam secukup rasa.
10.Biarkan santan mendidih, kemudian ذucuk kentang dengan garpu hanya untuk memsatikan kentang sudah empuk.
11.Bila kentang dah empuk, bolehlah dimasukkan pati santan tersebut dan tunggu sehingga santan mendidih.



Haa mase ni aroma yang menyelerakan akan naik dan anda akan lapar secara tiba-tiba. hehe

12.Apabila santan sudah mendidih masukkan 2 keping asam keping , biarkan beberapa ketika dan masakan ayam masak lemak cili api anda pun telah siap.

Sekarang, bolehlah hidangkan untuk keluarga anda dan diri anda sendiri. hehe.. nilah hasilnya..



Soalan:
Bagaimana kita nak tahu juantiti garam yang kita masukkan cukup tanpa merasainya?

Jawapan/petua:
Petua ni, puan saya yang bagi. katanya, bila kita dah masukkan garam dan biarkan santan mendidih. Perhatikan keaadan santan. Sekiranya santan terlalu membuak-buak sehingga melimpah keluar dari periuk, maksudnya anda perlu tambahkan lagi kuantiti garam tersebut. Jumlah kuantiti garam yang mencukupi akan mengawal kadar pembuakan santan yang mendidih itu.

Sekarang kita pergi ke resipi yang kedua:

SUP TULANG

Bahan-bahan:

1.1 kg tulang lembu
2. Sup bunjut
3. Kulit kayu manis
4. Bunga lawang
5. Lada hitam
6. Garam
7. 3 biji bawang merah (dihiris)
8. 2 biji bawang putih (dihiris)
9. Halia
10. Daun sup
11. Bawang goreng

Cara memasak:

1. Bersihkan tulang dan masukkan ke dalam periuk.
2. Rebus tulang tersebut bersama-sama air sehingga daging pada tulang tersebut masak. (Lebih lame direbus lebih elok dan sedap)

3. Masukkan halia yang telah dihiris ke dalam rebusan
4. Masukkan garam secukup rasa
5. Tambahkan air sekiranya air rebusan hampir kering jika daging masih belum empuk
6. Tambahkan lada hitam
7. Apabila daging sudah empuk, tumiskan hirisan bawang putih, bawang merah, kulit kayu manis dan bunga lawang di kuali lain sehingga naik aroma dan kuning keemasan
8. Kemudian. hasil tumisan tersebut bolehlah dicampurkan ke dalam rebusan tulang tersebut.



~asap berkepul-kepul~

Bau yang enak lagi menyelerakan akan menyerbu deria anda. Kemudian bolehlah hidangkan dan dinikmati bersam keluarga atau rakan-rakan. Sebagai hiasan, taburkan hirisan daun sup dan juga bawang goreng. Haa, nilah hasilnya..



Hehe.. dah jadi pun 2 menu kegemaran saya...



Hehe.. nilah datuk dan puan saya. Masa saya dan emak tengah sibuk menyiapkan 2 menu tersebut, datuk dan puan saya ni bersama-sama menyiang 'daun maman'(pernah dengar pasal daun maman kan? lain kali saya cerita resipi daun maman pulak ye. insyaAllah) Boleh pulak diorang duduk bersama buat kerja ni.. Susah nak tengok situasi ni. Jadi apelagi, saya pun candid la gambar mereka. Sebagai kenangan.. =))

p/s : Siap sudah menu saya. Ape yang terkurang tu tambah-tambahlah sendiri ye..

8 comments:

  1. nisah, ak baru masak tadi lemak cili api, aku hentam jek...tetibe ko post lak pasal ni...buat aku meleleh-leleh jek....aduih

    ReplyDelete
  2. munamuni~~ lah yeke mun... mesti jadi jugak masak lemak cili api ko.. nanti lain kali boleh masak lagi.. =))

    ReplyDelete
  3. ok...weekend ni nak masak ayam masak lemak cili api!

    ReplyDelete
  4. AJ~~ selamat memasak.. nanti dah siap boleh aku rase.. hehe

    ReplyDelete
  5. nk ckit..huhuhu..blik nnt nk buat la..

    ReplyDelete
  6. yuyu rahman~~ hehe.. nak meh la dtg cni.. yuni buatla.. mesti lg sedap..

    ReplyDelete
  7. mcm la ak pndai msk..eh..die x ltkbwang ke..

    ReplyDelete
  8. yuyu rahman~~ ak yakin ko pandai masak insyaAllah.. ade sesetengah tempat suke letak bawang.. tpi ak memang x letak bawang.. x penah cube letak bawang..

    ReplyDelete