Monday, August 9, 2010

~jom tonton sambil menambah ilmu dan beramal~

Salam semua...

Lagi beberapa hari sahaja lagi kita akn memasuki bulan Ramadhan..
bulan penuh berkat...
bulan penuh rahmat bagi sesisapa yang mengetahui akan kelebihan bulan Ramadhan ini..

Pernahkah kita bermuhasabah diri, bertanya kepada diri sendiri tentang Ramadhan kita yang lepas?
Apakah kite telah berusaha mengambil semua nikmat yang Allah berikan di bulan Ramadhan?
Apakah kita betul-betul dah bersedia untuk meningkatkan ketaqwaan kita di bulan Ramadhan?


Sesungguhnya, nikmat di dalam bulan Ramadhan adalah'jualan murah' yang Allah berikan kepada kita. Kenapa jualan murah? sebab setiap amalan wajib yang kita lakukan. pahalanya berpuluh-puluh kali ganda... manakala amalan sunat pula, pahalanya menyamai amalan wajib.. ini belum dikira dengan nikmat-nikmat lain lagi.. Jadi, untuk mendapatkan nikmat-nikmat Allah ini, kita mestilah menyiap sediakan diri kita untuk memasuki bulan Ramadhan ini..

Apa persiapan yang kita dah buat ye kawan2??

Kalau hari raya tu mestilah bermacam-macam jawapan yang kita boleh berikan dalam masa sesaat.. tapi ini hendak melalui Ramadhan..
hendak mendapatkan nikmat Allah..
hendak mendapatkan redha Allah..
hendak melatih diri menjadi insan taqwa.
semuanya perlukan persediaan..
ibarat kita hendak mengambil peperiksaan yang memerlukan persediaan awal..

Saya teringat seorang ustaz ini berkata:
Kenapa amalan kita di bulan Ramadhan ini tidak berterusan?.. Apabila habis sahaja Ramadhan, terus tak laksanakan lagi amalan yang kita dah cuba usahakan di bulan Ramadhan..

jawapan ustaz tersebut:
ini adalah sebab kita tak ada persiapan untuk menghadapi Ramadhan.. Kita tak berusaha melatih diri kita dengan amalan-amalan sunat sebelum Ramadhan.. Jadi apabila amalan-amalan ini terus sahaja dilakukan ketika Ramadhan, ini yang menjadi salah satu faktor amalan tersebut tidak berterusan.. hal macam ni, samalah seperti kita melakukan perubahan yang drastik tanpa azam yang kuat.. kadangkala bila ujian melanda, terus kita tinggalkan perubahan yang telah kita buat tu kan( peringatan untuk penulis terutamanya)

jadi, untuk mengatasi masalah ini, dengan waktu yang masih ada sebelum memasuki Ramadhan ini, marilah kita sama-sama menambah sedikit-sedikit amalan sunat kita..

sebagai contoh:
jika sebelum ni 2 hari sekali kita membaca A-Quran, mulai hari ni cube kita bace Al-Quran setiap hari walaupun semuka..
jika sebelum ni kita jarang melakukan solat sunat Dhuha, cuba hari ni kita lakukan solat sunat Dhuha.. insyaAllah, kita cube istiqamah dan akan ade kesannya..
tetapi jika masih tidak berkesempatan, berazamlah untuk beramal di bulan Ramadhan ini sebaik mungkin..

Allah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat hambanya.. Allah maha pemberi rezeki, Allah maha bijaksana, Allah maha pengampun dan maha penyayang.. so let grab the chances in this coming Ramadhan..

Selain tu, saya nak mengajak kawan-kawan semua untuk menonton rancangan 'Tanyalah Ustaz' di TV9.. Rancangan ni sangat bagus kerana ustaz-ustaz akan mengupas persoalan yang pelbagai tentang permasalahan agama.. kita juga boleh berinterakasi secara terus dengan penceramah.. Sepanjang bulan Ramadhan ni, rancangan ini akan mengupas semua isu-isu tentang Ramadhan, Amalan-amalan, mengajak kita bermuhasabah dan bermacam-macam lagi.. jadi jom kita luangkan masa untuk menonton rancangan ini kerana isunya agak kontemperori.. Sekurang-kurangnya kita dapat menambah ilmu tentang apa yang sepatutnya kita lakukankan..



Sepanjang bulan ramadhan, rancangan ini berlangsung setiap hari pada jam 6.30 pagi sehingga 7.30 pagi.. JOM TONTON BERAMAI-RAMAI sambil beramal...

P/S:

maaf andai ade tersalah kata dan bahasa selama ini.. maaf juga andai tersalah kata dan bahasa di dalam post ini.. Saya tidaklah pandai untuk menyampaikan sesuatu ini sekadar perkongsian tentang apa yang saya rasa.. jadi maafkan kalau ade kate-kate yang tidak dapat diterima.. akhir kata.. selamat menyambut Ramadhan yang penuh berkat ini.. ==)))

No comments:

Post a Comment