Wednesday, November 16, 2011

Saat kalam Allah berbicara....




Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog ini... Semoga sentiasa berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah...

Minggu ini adalah minggu yang sangat menyesakkan saya.. Pelbagai perkara yang datang menuntut hak mereka... macam-macam perkara yang hendak dilakukan dalam masa yang singkat tetapi memerlukan pengamatan dan penelitian yang tinggi..
Setiap perkara saya perlu laksanakan dengan penuh tanggungjawab.. kerana itu amanah... Hanya Allah yang tahu ape yang saya rasakan sekarang.. Kalau anda pernah bergelar sebagai seorang pelajar pasti anda pernah lalui apa yang saya lalui... Tidak perlu rasanya untuk menyatakan di sini.. tetapi, kesukarannya sama tetapi mungkin ada lebih dan kurang.. Sehingga saya merasakan saya sangat-sangat tidak mampu untuk melaksanakannya...
tetapi saya perlu laksanakan kerana saya seorang muslim.. dan seorang muslim mestilah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu.. Di saat semua perkara hendak dilakukan dalam satu masa, semangat merudum, kesedihan mendatang, kemurungan melanda jiwa... Ya Allah, sangat membebankan sehingga tak tau nak buat macam mana... Tetapi, Allah Ar-Rahman , Allah Ar-Rahim...
Di saat saya sangat-sangat kebuntuan, Allah datangkan bantuan... Saya sangat bersyukur Allah gerakkan hati saya untuk menghadiri satu majlis ilmu... Walaupun pada mulanya, hati agak berat untuk pergi kerana bebanan kerja... Majlis ilmu dimulakan dengan bacaan Al-Quran diikuti tafsir dari surah Ali-Imran ayat 122-139...
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.... MasyaAllah... Ayat pertama sangat-sangat menjawab permasalahan saya.. sehinggalah ke ayat terakhir terasa seperti hati sedang ditenangkan oleh Allah... Kalam-kalam Allah tersebut memberi motivasi kepada saya... MasyaAllah... di sini saya kongsikan tafsir ayat suci Al-Quran ini (saya ingin mengajak pembaca sekalian membaca ayat-ayat ini dengan penuh penghayatan. Semoga Allah menyentuh hati-hati pembaca dan memberi hidayah):

" Ketika dua golongan dari pihak kamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah penolong mereka. Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang mukmin bertawakal" (122) "

Dan sungguh,
Allah telah menolong kamu dalam perang Badar, padahal kamu dalam keadaan lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah agar kamu mensyukurinya" (123)

" Ingatlah ketika engkau Muhammad mengatakan kepada orang-orang beriman : Apakah tidak cukup bagimu bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu malaikat yang diturunkan dari langit?" (124)

"Ya (cukup). Jika kamu bersabar dan bertakwa ketika mereka datang menyerang kamu dengan tiba-tiba, nescaya Allah menolongmu dengan lima ribu malaikat yang memakai tanda" (125)


"Dan
Allah tidak menjadikan pemberian bala bantuan itu melainkan sebagai kabar gembira bagi kemenanganmu, dan agar hatimu tenang kerananya. Dan tidak ada kemenangan itu, selain dari Allah yang mahaperkasa, mahabijaksana" (126)

"Allah menolong kamu dalam perang Badar dan memberi bantuan adalah untuk membinasakan segolongan orang kafir atau untuk menjadikan mereka hina, sehingga mereka kembali tanpa memperoleh apapun" (127)

"Itu bukan menjadi urusan Muhammad. apakah Allah menerima taubat mereka atau mengazabnya kerana sesungguhnya mereka orang-orang zalim" (128)


"Dan milik Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dia mengampuni siapa yang Dia kehendaki, dan mengazab siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha pengampun, Maha penyayang" (129)

"Wahai orang yang beriman! janganlah kamu memakan riba dengan berlipar ganda dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung" (130)

"Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir" (131)

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat" (132)

"Dan
bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-mu dan mendapatkan Syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa" (133)

"iaitu
orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan" (134)

"Dan juga orang-orang yang apabila
mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui" (135)

"Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan itulah sebaik-baik pahala bagi orang-orang yang beramal" (136)

"Sungguh, telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah, kerana itu berjalanlah kamu ke segenap penjuru bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan rasul-rasul" (137)


"Inilah Al-Quran suatu keterangan yang jelas untuk semua manusia, dan menjadi petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa" (138)


"Dan janganlah kamu merasa lemah, dan jangan pula bersedih hati, sebab kamu paling tinggi darjatnya, jika kamu orang beriman" (139)


Monologku: Allah pernah berfirman, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.. sangat benar dan betul... Allah sentiasa ada saat kita perlukannya.. bila menghadapi kesukaran bacalah Al-Quran.. Pasti akan ada jawapannya... Allah maha pengasih maha penyayang.. Semoga saya lebih bersemangat untuk menyelesaikan kerja-kerja dan tuntutan dengan penuh amanah dan kesungguhan...



3 comments:

  1. semoga berjaya sayangku.....semoga tenang dalam setiap pekerjaanmu

    ReplyDelete
  2. good thought of u dear...=))
    lumrah sbg manusia kan...sentiasa harus ada yang m'igtkn..=)
    btw...gudd luck..i know u can do it..akk juga pnah rs bende yg sama...=)

    ReplyDelete
  3. EIkha: Ameen... Thanks my dear... may Allah bless u always.. rindu dgn kamu.. =)

    Kak Una: Thank you so much kak una syg... Rase sesak, mesti akk lebih dlu mengalaminya... smg kita same2 berjaye kak... =)

    ReplyDelete